LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
LAPORAN TAHUNAN UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2024 1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA UNIT AUDIT DALAM 2024 LAPORAN TAHUNAN
ISI KANDUNGAN
Laporan Tahunan 2024
KANDUNGAN
PENYELESAIAN SUSULAN ISU LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PRAKATA
vii
257
PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA
xi
PENGHARGAAN KETUA UNIT AUDIT DALAM
xv
MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT
RINGKASAN EKSEKUTIF
xix
Mesyuarat Jawatankuasa Audit Kementerian
261
Mesyuarat Jawatankuasa Audit Negeri
266
PENDAHULUAN
Misi, Visi dan Objektif
3
SUMBANGAN UNIT AUDIT DALAM
Fungsi Unit Audit Dalam
4
Sumbangan Hasil Daripada Pengauditan Dijalankan Ceramah oleh Pegawai Unit Audit Dalam
Tanggungjawab Unit Audit Dalam
5
271
Kedudukan Perjawatan
6
278
Struktur Organisasi
7
Latihan Anjuran Unit Audit Dalam
279
Pergerakan Pegawai
8
PERKARA-PERKARA AM
RANCANGAN DAN PENCAPAIAN PENGAUDITAN Perancangan Pengauditan
Tindakan Pengurusan Terhadap Laporan Audit Latihan Yang Dihadiri Oleh Pegawai Unit Audit Dalam Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023
283
13
284
Pencapaian Pengauditan
14
289
PENGAUDITAN KEWANGAN Pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus Pengauditan Arahan Pembayaran Pengesahan Kendiri Pengurusan Kewangan Melalui Sistem AuditME Pengauditan Pengesahan Data Baki Awal (Perakaunan Akruan) Pengauditan Terhadap Pengurusan Aset Alih Pengauditan Pematuhan
Aktiviti Unit Audit Dalam 2024
290
17
PEGAWAI UNIT AUDIT DALAM
307
24
SIDANG REDAKSI
321
34
PENUTUP
325
43
56
60
PENGAUDITAN PRESTASI
Pengauditan Aktiviti/Program/Projek
75
Pengauditan Perolehan
154
Pengauditan ICT
228
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
iii
PRAKATA
PRAKATA
Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia 2024 ini disediakan selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 yang meliputi pengauditan dan aktiviti Unit Audit Dalam (UAD) yang telah dijalankan sepanjang tahun 2024. Secara keseluruhannya, UAD telah berjaya melaksanakan fungsi pengauditan yang telah dirancang dalam Rancangan Audit Tahun 2024 dengan jayanya. Pengauditan yang dijalankan adalah pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus, Arahan Pembayaran, Pematuhan dan Pengesahan Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan melalui sistem AuditME serta Pengauditan Prestasi terhadap Pengurusan Aktiviti/Program/Projek, Perolehan dan ICT. Laporan ini turut disertakan dengan aktiviti dan sumbangan UAD kepada Kementerian, Jabatan dan Institusi Pendidikan. UAD merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih terhadap kerjasama yang dihulurkan serta semangat kekeluargaan yang diberi oleh semua Auditi yang terlibat sepanjang pengauditan dijalankan. Di samping itu, UAD juga menyanjung tinggi usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak terhadap penemuan Audit yang dibangkitkan terutama dalam sesi mesyuarat penutup dan Mesyuarat Jawatankuasa Audit peringkat kementerian mahupun peringkat negeri. Semoga jalinan kerjasama yang ditunjukkan mampu mempertingkatkan tahap kecemerlangan dan kecekapan pengurusan ke arah pengurusan yang lebih baik. Laporan tahunan ini akan diedarkan kepada Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Perbendaharaan Malaysia serta Pengurusan Tertinggi Kementerian. UAD berharap impak daripada pengauditan yang dijalankan, semua penemuan Audit dan syor penambahbaikan boleh dijadikan sumber rujukan dan lessons learnt kepada Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan dalam usaha berterusan untuk menambah baik kawalan dalaman, tadbir urus dan seterusnya meningkatkan akauntabiliti di semua peringkat .
LAPORAN TAHUNAN UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2024
vii
PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA
Laporan Tahunan 2024
PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA
Penghargaan kepada Ketua Setiausaha terdahulu atas kepimpinan dan komitmen masing-masing menyokong usaha UAD KPM dalam mengenal pasti kelemahan dan memperkukuh kawalan dalaman pengurusan serta tata kelola di KPM. “ “
B ismillahirrahmanirrahim
Salam Malaysia MADANI,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izinNya, Unit Audit Dalam (UAD) telah berjaya menerbitkan Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024 yang merupakan komplikasi hasil pengauditan oleh UAD KPM sepanjang tahun. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja UAD kerana menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Penemuan yang dibentangkan dalam laporan ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak di KPM dan tindakan pembetulan serta penambahbaikan hendaklah diambil bagi memastikan keberkesanan pengurusan kewangan serta operasi yang lebih cekap, inovatif dan berdaya saing. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha terdahulu atas kepimpinan dan komitmen masing-masing menyokong usaha UAD KPM dalam mengenal pasti kelemahan dan memperkukuh kawalan dalaman pengurusan serta tata kelola di KPM. Saya beriltizam untuk meneruskan agenda reformasi tata kelola, ketelusan dan kecekapan dalam pentadbiran, selari dengan aspirasi Kerajaan.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xi
Laporan Tahunan 2024
Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada UAD atas peranan penting mereka dalam memberi khidmat nasihat kepada Kementerian serta memantau isu-isu audit yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara melalui Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara (Portal Auditor General’s Dashboard). Tahniah juga kepada Ahli Jawatankuasa Audit KPM atas kerjasama dan dedikasi mereka dalam menilai serta mengambil tindakan terhadap laporan yang dibentangkan oleh UAD. Kejayaan UAD dalam memperoleh penarafan CEMERLANG dalam Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi Tahun 2023 adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan harus diteruskan pada tahun 2025.
Menyahut cabaran YAB Perdana Menteri, marilah kita bersama berganding bahu melaksanakan reformasi berterusan bagi memastikan produktiviti perkhidmatan awam sentiasa meningkat.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga KPM atas dedikasi, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menyokong proses pengauditan dalam usaha meningkatkan kecekapan mengurus. Semoga kita terus maju dan berjaya merealisasikan matlamat pendidikan negara yang lebih cemerlang.
DATO' TS. DR. HJ. AMINUDDIN BIN HASSIM KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xii
PENGHARGAAN KETUA AUDIT DALAM
Laporan Tahunan 2024
PENGHARGAAN KETUA AUDIT DALAM
Ucapan penghargaan kepada semua Ketua Jabatan dan warga KPM yang terlibat dengan pengauditan pada tahun 2024 atas kerjasama yang baik kepada pegawai UAD semasa menjalankan pengauditan. Laporan ini diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan supaya teguran yang sama tidak berulang.
Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera ,
Syukur Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024 ini berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah saya rakamkan kepada semua warga UAD terutamanya sidang redaksi yang telah berusaha gigih menerbitkan buku laporan ini bagi mematuhi kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1. Laporan ini mengandungi aktiviti pengauditan UAD sepanjang tahun 2024 yang dijalankan di peringkat Bahagian, Jabatan, dan Institusi Pendidikan. Pengauditan Pengurusan Kewangan memberi tumpuan terhadap pematuhan undang undang, peraturan, pekeliling serta garis panduan yang menjadi teras dalam semua aspek pengauditan. Pengauditan Prestasi pula memberi penekanan terhadap aspek value for money bagi setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh KPM. Impak dan keberkesanan sesuatu program menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan sesuatu program dan aktiviti tersebut.
Pada tahun 2024, UAD telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan instrumen AuditME bagi membolehkan semua
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xv
Laporan Tahunan 2024
PTJ melaksanakan penilaian kendiri terhadap pengurusan kewangan masing-masing secara jujur dan telus.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha, barisan Pengurusan Tertinggi KPM dan mantan Ketua Setiausaha iaitu YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi dan YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi di atas kepercayaan, sokongan dan dorongan terhadap peranan UAD serta sentiasa memberikan perhatian yang serius terhadap teguran Audit yang dibangkitkan. Ucapan penghargaan juga dirakamkan kepada semua Ketua Jabatan dan warga KPM yang terlibat dengan pengauditan pada tahun 2024 atas kerjasama yang baik kepada pegawai UAD semasa menjalankan pengauditan. Laporan ini diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan supaya teguran yang sama tidak berulang, memastikan kepatuhan sepenuhnya terhadap peraturan dan undang undang yang berkuat kuasa serta memperkasakan tata kelola yang baik di semua peringkat KPM sebagai budaya kerja yang cemerlang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Unit Audit Dalam, YBrs. Encik Mohd Fisul bin Ismail atas sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat di KPM.
Sebagai penutup untuk renungan bersama, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang kami lantik untuk suatu tugas, lalu dia menyembunyikan satu jarum atau lebih, maka itu adalah kecurangan. Pada hari kiamat, dia akan datang dengan membawa barang yang disembunyikan itu" (Riwayat Muslim).
Semoga amanah yang dipikul terus dijunjung dengan penuh integriti dan setiap langkah yang diambil membawa keberkatan buat kita semua.
NADHIRAH BINTI HAJI ABDUL WAHAB C.A.(M) KETUA UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xvi
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan Tahunan 2024
PENGAUDITAN KEWANGAN
Pengauditan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Pengauditan dijalankan di Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif pengauditan kewangan ialah untuk menilai pematuhan terhadap Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat dan KPM bagi meningkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan.
1.
Pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus
Pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus telah dijalankan berfokus terhadap dua kawalan pengurusan kewangan iaitu kawalan pengurusan aset alih dan stor melibatkan 47 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan kawalan perolehan melibatkan 23 PTJ. Semakan dibuat berdasarkan 149 kriteria bagi kawalan pengurusan aset dan stor serta 134 kriteria bagi kawalan perolehan.
2.
Pengauditan Arahan Pembayaran
Pengauditan Arahan Pembayaran (AP) telah dijalankan di JPN, PPD dan Institusi Pendidikan yang dipilih untuk menentukan sama ada wujudnya kawalan dalaman yang berkesan; bayaran dibuat dengan betul dan tepat serta disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap; rekod berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini; serta bekalan dan kerja yang dilaksanakan dapat disahkan secara fizikal mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bagi tahun 2024, Pengauditan Arahan Pembayaran telah dilaksanakan di 28 PTJ iaitu 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan 4,044 AP berjumlah RM261 juta.
3. Pengesahan Kendiri Pengurusan Kewangan Melalui Sistem AuditME
Penilaian kendiri pengurusan kewangan dilaksanakan di peringkat PTJ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran PTJ dan sekolah terhadap kawalan dalaman dan pematuhan pengurusan kewangan masing-masing yang dibangunkan bersama UAD dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM. Sistem Penilaian Kendiri
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xix
Laporan Tahunan 2024
Pengurusan Kewangan (AuditME) mula digunakan pada Ogos 2024. Kesemua 1,509 PTJ di KPM telah melaksanakan penilaian kendiri pengurusan kewangan melalui sistem AuditME pada Ogos dan September 2024. Penilaian kendiri dibuat oleh PTJ terhadap 527 kriteria melibatkan lapan kawalan pengurusan kewangan iaitu kawalan pengurusan, bajet, terimaan, perolehan, perbelanjaan, pengurusan akaun amanah/kumpulan wang amanah dan deposit, pengurusan aset alih dan stor serta pengurusan kenderaan kerajaan. Pengesahan oleh UAD telah dibuat terhadap 100 PTJ merangkumi JPN dan PPD. Pengesahan data baki awal dijalankan untuk mengesahkan ketepatan data tahun berakhir 31 Disember 2023 bagi tujuan pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan. Pengesahan dilaksanakan dengan menggunakan templat yang disedia dan dikemukakan oleh Bahagian Akaun (BA). Pada tahun 2024, UAD telah mengesahkan 11,207 baris data bernilai RM3,502 juta yang dikemukakan oleh BA. Tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah diambil terhadap perkara yang dibangkitkan oleh UAD dan data tersebut boleh digunakan untuk tujuan migrasi ke dalam Government Financial Management Accounting System (iGFMAS). 4. Pengesahan Data Baki Awal (Perakaunan Akruan)
5.
Pengauditan Item di Penyata Kewangan
Pengauditan Item di Penyata Kewangan dilaksanakan bagi memastikan item-item dalam Penyata Kewangan Kementerian direkodkan mengikut polisi dan piawaian yang ditetapkan. Fokus pengauditan akruan bagi tahun 2024 adalah pengurusan aset alih di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Skop pengauditan meliputi penerimaan aset, perekodan perakaunan, pengurusan perekodan aset dan pengurusan pelaporan aset.
6.
Pengauditan Pematuhan
Pengauditan Pematuhan dijalankan untuk menentukan pematuhan terhadap peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Bagi tahun 2024, Pengauditan Pematuhan telah dilaksanakan terhadap pelaksanaan kerja penyenggaraan dan naik taraf kemudahan tandas oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xx
Laporan Tahunan 2024
PENGAUDITAN PEMATUHAN PENYENGGARAAN TANDAS DI BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN, JABATAN PERDANA MENTERI Apa yang diaudit? Pelaksanaan kerja penyenggaraan dan naik taraf kemudahan tandas oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional (BPLTV) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP). Pelaksanaan ini turut dibantu oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM secara bersama oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Tempoh pelaksanaan kerja mulai Julai 2023 sehingga tamat tempoh pelanjutan pada Mac 2024. Pengauditan dijalankan di 34 Kolej Vokasional (KV), empat Sekolah Menengah Teknik (SMT), 34 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan 67 sekolah di bawah PPN dan PDT yang melibatkan 10 negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah. Memastikan penyenggaraan tandas dilaksanakan mengikut fungsinya agar warga Institusi Pendidikan terutamanya murid dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang bersih dan kondusif. Peruntukan khas berjumlah RM6.65 juta disalurkan kepada BPLTV yang melibatkan 85 KV dan sembilan SMT, RM4.97 juta kepada BPSBP yang melibatkan 71 SBP, dan RM227.50 juta kepada ICU, JPM untuk 12 PPN yang melibatkan 3,250 sekolah melalui Waran Peruntukan Kecil (WPK). i. Penyediaan Bill of Quantity (BQ) secara lump sum di lima KV, satu SMT dan lapan SBP tidak mengikut keperluan sebenar, lokasi kerja tidak diperincikan di lima KV, lapan SBP dan satu SMT serta ukuran dan jenis tidak dinyatakan secara spesifik bagi 14 KV dan lapan SBP. ii. Penyediaan dokumen Inden Kerajaan tidak lengkap di 32 KV dan 26 SBP dan 12 sekolah di bawah senggaraan PPN tidak dinyatakan tarikh dan tempoh penyiapan kerja. iii. Kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi BQ di enam KV, dua SMT, empat SBP dan 27 sekolah. Antara kelemahan dikenal pasti seperti berikut:
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Apa yang ditemui Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxi
Laporan Tahunan 2024
iv. Kualiti kerja di tujuh sekolah tidak dibuat dengan sempurna menyebabkan kerosakan kecil berlaku. v. Tandas yang telah disenggara di lima sekolah tidak digunakan mengikut fungsinya kerana dijadikan tempat penyimpanan barang. vi. Pembayaran tidak dibuat dengan betul dan tepat melibatkan lebihan bayaran RM2,525.00. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan penyenggaraan dan naik taraf kemudahan tandas , adalah disyorkan kepada pihak terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. Memastikan kualiti kerja dihasilkan dengan sempurna dan semua tandas yang disenggara boleh berfungsi dengan baik serta boleh digunakan supaya guru dan murid dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang bersih dan kondusif. ii. Menyediakan BQ mengikut keperluan sebenar, diperincikan mengikut lokasi kerja, memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi dalam BQ yang ditetapkan dan membuat pengiraan semula terhadap kerja yang tidak mengikut spesifikasi serta membuat kutipan balik daripada kontraktor bagi bayaran yang telah dibuat. iii. Mengisi Inden Kerajaan dengan lengkap dan dikeluarkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan serta memastikan dokumen sokongan pembayaran bagi setiap kerja lengkap serta pembayaran dilaksanakan dengan teliti, betul dan tepat.
Apa yang disyorkan Audit?
PENGAUDITAN PENGESAHAN DATA BAKI AWAL Apa yang diaudit?
Data aset bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 dalam templat yang disedia dan dikemukakan oleh Bahagian Akaun (BA), KPM. Memastikan ketepatan data baki awal Aset Tak Alih (ATA), Aset Alih (AA) dan Aset Dalam Pembinaan (AUC) sehingga 31 Disember 2023 dalam templat yang disedia dan dikemukakan oleh BA bagi tujuan migrasi data ke sistem iGFMAS.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Apa yang ditemui Audit?
Antara penemuan Audit adalah seperti berikut:
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxii
Laporan Tahunan 2024
i. Maklumat nombor lot, nombor hak milik dan keluasan bagi empat lot tanah di Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak seperti pada templat ATA (Tanah) berbeza dengan dokumen sokongan. ii. Maklumat negeri dan tarikh akhir pajakan bagi dua sekolah pada templat ATA (Tanah) berbeza dengan dokumen sokongan. iii. 916 bangunan sekolah dan pejabat tidak dapat disahkan ketepatan maklumat kerana dokumen sokongan yang dikemukakan tidak lengkap dan tiada maklumat lebih terperinci senarai bangunan seperti di templat ATAB (Bangunan). iv. Laporan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan kos perolehan/projek seperti di templat ATA bagi 12 bangunan pejabat adalah berbeza dengan jumlah kos di Data Premis Aset. v. Berlaku pertindihan maklumat pada 14 bangunan sekolah yang telah dimigrasi dalam iGFMAS dengan templat ATAB. i. Memastikan pembetulan dibuat terhadap maklumat yang berbeza di templat berbanding dengan dokumen sokongan yang disediakan. ii. Memastikan ATA dan AA milik KPM disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap dan terperinci. iii. Menyemak semula aset tak alih yang telah dimigrasi di dalam iGFMAS supaya tidak berlaku pertindihan aset yang sama. iv. Memanjangkan kepada bahagian/jabatan/pejabat/sekolah berkaitan untuk membuat pemeriksaan aset yang rosak, tidak digunakan dan akan dilupuskan sebelum data aset dimigrasi.
Apa Syor Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxiii
Laporan Tahunan 2024
PENGURUSAN ASET ALIH DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN Apa yang diaudit? Pengurusan Aset Alih (AA) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) meliputi penerimaan aset, perekodan perakaunan, pengurusan perekodan aset dan pengurusan pelaporan aset.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Untuk menentukan sama ada pengurusan aset alih dilaksanakan mengikut pekeliling dan garis panduan yang berkuat kuasa serta proses kerja yang ditetapkan.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
i. Penerimaan AA hadiah atau sumbangan tidak mendapat kelulusan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan dan tidak diperakaunkan ke dalam sistem iGFMAS. ii. Perbezaan jumlah harta modal dan aset bernilai rendah antara iGFMAS dan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA). iv. Pembelian aset menggunakan peruntukan OS42000 didaftarkan dalam SPPA. v. Maklumat pada KEW.PA-5 dan KEW.PA-6 dalam Sistem Dashboard Aset bagi sekolah Pusat Kos tidak lengkap. pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK). i. Memastikan penerimaan AA secara hadiah atau sumbangan mendapat kelulusan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan dan didaftarkan ke dalam iGFMAS dan SPPA. ii. PPD/sekolah hendaklah memastikan aset alih yang diterima didaftarkan dalam SPPA dalam tempoh 14 hari. iii. Pegawai Aset di sekolah memeriksa dan mengemas kini rekod aset alih sebelum didaftarkan dalam iGFMAS, SPPA dan sistem Dashboard Aset. iv. Memastikan mesyuarat JKPAK dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam pekeliling berkuat kuasa. vi. Ketidakpatuhan terhadap kekerapan iii. AA tidak didaftarkan di dalam SPPA.
Apa Syor Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxiv
Laporan Tahunan 2024
PENGAUDITAN PRESTASI
Pengauditan Prestasi dilaksanakan bertujuan bagi memastikan sesuatu aktiviti/program/projek di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan Prestasi yang berkesan dilaksanakan adalah seperti berikut: PROJEK MENAIK TARAF BILIK DARJAH MENJADI BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI Apa yang diaudit? Pengauditan ini menilai prestasi projek dan pengurusan projek naik taraf bilik darjah menjadi bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Prestasi projek dinilai daripada segi pencapaian penyediaan bengkel RBT mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh BPK dan kontrak perolehan serta tahap keberhasilan bengkel RBT kepada guru dan murid. Pengurusan projek dinilai melalui lima perkara iaitu prestasi kewangan; pengurusan perolehan; pentadbiran kontrak; pengurusan aset dan pemantauan projek bagi tempoh tahun 2022.
Pengauditan dilaksanakan di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), empat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) iaitu JPN Sabah, JPN Pahang, JPN Perak dan JPN Selangor, 20 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta 31 sekolah terdiri daripada 19 sekolah luar bandar dan 12 sekolah bandar. Bagi menilai sama ada projek menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT telah diuruskan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran RBT tahun 4, 5 dan 6 dilaksanakan mengikut kurikulum dan meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam pentaksiran bilik darjah (PBD). Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, matlamat projek menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT telah tercapai. Bengkel RBT telah berfungsi dan dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid di sekolah. Bagaimanapun, masih terdapat perkara yang perlu diberi perhatian seperti peralatan RBT yang tidak digunakan dan peralatan PdP yang kurang digunakan.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Apa yang ditemui Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxv
Laporan Tahunan 2024
Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang ditemui dari aspek penggunaan peralatan ICT dan RBT yang boleh ditambah baik seperti berikut: i. Peruntukan kewangan tahun 2022 bagi JPWPKL tidak dibelanjakan dalam tempoh yang dirancang. ii. Kaedah perolehan peralatan ICT di JPN Sabah tidak dilaksanakan secara tender mengikut keputusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPM. iii. Empat maklum balas Surat Setuju Terima (SST) lewat diterima melebihi tempoh yang ditetapkan antara 21 hingga 51 hari. iv. Certificate of Practical Completion (CPC) tidak dikeluarkan di sekolah SK Kampung Kuantan, Selangor dan SK (Felda) Lepar Hilir 3, Pahang. v. PPD Ranau terlebih bayar sejumlah RM4,804 kepada dua syarikat kontraktor. vi. Satu unit komputer riba dan enam unit set robotik tidak dijumpai di SK Trosor, Perak makanala tiga perabot tidak dijumpai di SK Batu Belah, Selangor. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan projek naik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT, adalah disyorkan kepada pihak terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. BPK memastikan peruntukan kewangan yang diterima dapat dibelanjakan seperti yang dirancang. ii. JPN memastikan guru diberi latihan menggunakan peralatan ICT dan RBT supaya lebih berkemahiran dan dapat mengendalikan peralatan semasa sesi PdP khususnya bagi guru yang bukan opsyen mata pelajaran RBT. yang dilaksanakan adalah selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa. iv. JPN dan PPD memastikan pengurusan aset dilaksanakan mengikut ketetapan Tatacara Pengurusan Aset Alih (PP AM.2) dan Tatacara Pengurusan Stor (PP AM.6). iii. JPN/PPD memastikan pengurusan perolehan
Apa Syor Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxvi
Laporan Tahunan 2024
v. JPN/PPD perlu melaksanakan siasatan dan mengambil tindakan bersesuaian terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi kehilangan peralatan ICT dan RBT.
PENGURUSAN KURSUS DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Institut Aminuddin Baki (IAB) berperanan sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pegurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM dan menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti. Program latihan disediakan dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti kursus, persidangan, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi. Pengauditan ini menilai prestasi dan pengurusan program latihan di IAB bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024. Prestasi program meliputi prestasi aktiviti dan tahap keberhasilan program latihan di IAB. Pengurusan program pula terdiri daripada empat elemen iaitu prestasi perbelanjaan; pengurusan sumber manusia; pengurusan kursus; pengurusan kemudahan dan fasiliti; serta pelaksanaan pemantauan. Pengauditan telah dilaksanakan di IAB Bandar Enstek (IABBE) selaku IAB Induk, IAB Cawangan Genting Highlands (IABCGH) dan IAB Cawangan Utara (IABCU) kerana antara yang terbanyak melaksanakan kursus dan menerima peruntukan program latihan tertinggi bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024. Bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023, peruntukan bagi program latihan di tiga IAB yang dilawati berjumlah RM21.19 juta. Setakat 31 Ogos 2024, sejumlah RM20.78 juta (98.1%) telah dibelanjakan. Bagi menilai sama ada pengurusan kursus di IAB telah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan selaras dengan peranan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Secara keseluruhannya berdasarkan skop Audit, IAB telah berjaya membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan. 99.2% peserta program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) telah tamat program dan
Apa yang diaudit?
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Apa yang ditemui Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxvii
Laporan Tahunan 2024
menerima sijil serta 99.0% peserta Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) telah tamat kursus dengan mencapai tahap piawaian kompetensi.
Bagaimanapun terdapat kelemahan yang ditemui dari aspek pengurusan program yang boleh ditambah baik antaranya seperti berikut: i. Makmal Komputer 1 dan 3 di IABCGH tidak digunakan sejak Disember 2023 kerana kerusi dan meja yang rosak/usang serta telah dijadikan tempat penyimpanan barang. ii. Skor keseluruhan dalam laporan BK10 – Borang Maklum Balas Khidmat Sokongan Sistem Bersepadu IAB (InSyst) tidak menunjukkan ketepatan sebenar. Bagi meningkatkan prestasi pengurusan kursus di IAB, adalah disyorkan kepada pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. Mengambil tindakan segera terhadap kemudahan dan fasiliti yang rosak dan tidak digunakan. ii. Memastikan MPP diadakan mengikut ketetapan bagi memantau aktiviti dan program yang dilaksanakan. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur (SBJK KL) mula beroperasi pada 19 Ogos 2013 di Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan lanjutan inisiatif KPM terhadap keperluan meneruskan usaha memberikan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di sekitar KL. Pengauditan ini menilai pengurusan aktiviti SBJK KL bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024. Dua tumpuan utama yang dinilai ialah prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan pencapaian output dan keberhasilan. Pengurusan aktiviti meliputi prestasi kewangan dan pengoperasian SBJK dari aspek pengurusan status kewarganegaraan murid, kurikulum pengajaran dan pembelajaran, kontrak perkhidmatan bekalan makanan bermasak (BMB) dan aset/peralatan sekolah.
Apa Syor Audit?
PENGURUSAN SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH
Apa yang diaudit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxviii
Laporan Tahunan 2024
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Menilai sama ada pengurusan SBJK KL telah diuruskan dengan berhemat, cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan iaitu menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran yang kondusif dan memberi peluang membentuk laluan kerjaya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Bagi tempoh tahun 2021 hingga November 2024, sejumlah RM19.59 juta (99.3%) daripada RM19.73 juta peruntukan mengurus dan kumpulan wang sekolah telah dibelanjakan untuk SBJK KL. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, SBJK KL telah menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Perkara ini berdasarkan pendaftaran murid ke sekolah dan pencapaian baik murid dalam peperiksaan SPM serta hasil soal selidik menunjukkan murid suka hadir ke SBJK KL kerana mendapat banyak manfaat. Selain itu, melalui penubuhan SBJK KL dapat memberi peluang kepada murid lepasan SPM untuk bekerja dan melanjutkan pelajaran. ii. Tugas tambahan guru dalam menguruskan status kewarganegaraan murid serta pelaksanaan jadual waktu PdP dan opsyen mengajar tidak mengikut kurikulum yang ditetapkan. iii. Ketidakpatuhan terhadap Kontrak Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak dan pengurusan aset/peralatan yang tidak teratur. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan SBJK KL, adalah disyorkan tindakan seperti berikut: i. BPSH memastikan Garis Panduan Pengoperasian SBJK dimuktamadkan dengan segera sebagai panduan kepada SBJK KL. Bagi aspek pengurusan aktiviti, terdapat kelemahan yang perlu diberi perhatian seperti berikut: i. Garis Panduan Pengoperasian SBJK belum dimuktamadkan.
Apa yang ditemui Audit?
Apa Syor Audit?
ii. SBJK KL memastikan pengurusan status kewarganegaraan murid serta pelaksanaan jadual waktu PdP dan opsyen
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxix
Laporan Tahunan 2024
aliran mengajar guru dibuat dengan teratur sekiranya permohonan penambahan perjawatan baharu SBJK KL diluluskan.
iii. SBJK KL meningkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan perkhidmatan BMB dan pengurusan aset/peralatan selaras dengan kontrak/pekeliling yang ditetapkan.
PENGURUSAN PROGRAM KELAS DEWASA IBU BAPA ORANG ASLI DAN PENAN/PERIBUMI (KEDAP)
Apa yang diaudit?
Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan/Peribumi ( KEDAP) bertujuan untuk membantu ibu bapa murid Orang Asli (OA) menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M); meningkatkan kebolehan ibu bapa OA untuk membantu anak OA dalam bidang akademik; dan mengurangkan kadar keciciran serta ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid OA serta Peribumi. Pengauditan ini menilai prestasi dan pengurusan program KEDAP b agi tempoh tahun 2022 hingga 2024. Prestasi program dinilai melalui pengambilan ibu atau bapa murid OA dalam program KEDAP; kehadiran murid OA ke sekolah dan pencapaian penguasaan 3M berdasarkan sasaran yang ditetapkan. Pengurusan program dinilai berdasarkan pelaksanaan program KEDAP dan pemantauan. Pengauditan telah dijalankan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan 20 (25.0%) daripada 80 sekolah yang melaksanakan program KEDAP pada tahun 2024 di Selangor (5), Perak (5), Pahang (6) dan Negeri Sembilan (4). Peruntukan kewangan ber jumlah RM10.78 juta telah diterima daripada Bahagian Kewangan untuk pengurusan program KEDAP dan sebanyak RM10.77 juta (99.97%) telah dibelanjakan bagi tempoh tahun 2022 hingga Oktober 2024. Bagi menilai sama ada pengurusan program KEDAP telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) bagi meningkatkan kebolehan ibu bapa OA untuk membantu anak dalam bidang akademik dan mengurangkan kadar keciciran serta ketidakhadiran ke sekolah.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxx
Laporan Tahunan 2024
Apa yang ditemui Audit?
Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, pengurusan program KEDAP telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid OA. Kadar keciciran dan ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid OA telah berkurang. Bagaimanapun terdapat kelemahan dalam pengurusan program KEDAP yang boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: i. Pelajar KEDAP tidak memenuhi kriteria seperti melebihi had umur; bukan ibu atau bapa kepada murid OA; tidak mempunyai anak di sekolah yang melaksanakan program KEDAP; dan pernah menghadiri program KEDAP pada tahun sebelumnya. ii. Seramai 370 murid OA yang merupakan anak kepada pelajar KEDAP tidak mencapai sasaran kehadiran yang ditetapkan oleh KPM. iii. Guru KEDAP tidak menghadiri Kursus Induksi Program KEDAP bagi mendapat latihan sewajarnya berkaitan pengurusan program KEDAP di sekolah. iv. Sebanyak 11 daripada 20 sekolah tidak melaksanakan kerja projek seperti tanaman sayur dan ternakan ikan kerana kekangan peruntukan kewangan. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan program KEDAP, adalah disyorkan kepada pihak terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. BPSH mengkaji semula perbezaan kriteria kelayakan antara Garis Panduan Program KEDAP dan Surat Siaran Bahagian Kewangan KPM (BKew.) agar selaras digunakan di semua sekolah yang terlibat. ii. BPSH, JPN, PPD dan sekolah menyemak maklumat pelajar KEDAP supaya memenuhi kriteria kelayakan seperti had umur, ibu atau bapa kepada murid OA dan tidak pernah menghadiri program KEDAP. iii. BPSH mengkaji semula kadar elaun KEDAP agar setara dengan keadaan semasa.
Apa Syor Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxi
Laporan Tahunan 2024
iv. JPN/PPD melaksanakan pemantauan di sekolah sekurang kurangnya sekali setahun dan hasil pemantauan perlu dihantar kepada BPSH.
PENGURUSAN PROGRAM DASAR SATU MURID SATU SUKAN
Apa yang diaudit?
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S), KPM mewajibkan setiap murid dari tahap dua sekolah rendah hingga Tingkatan 6 sekolah menengah menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar 1M 1S dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti berikut:
i.
Meningkatkan kecergasan jasmani;
ii.
Membentuk sahsiah, jati diri, displin dan nilai murni;
iii.
Memupuk perpaduan di antara kaum;
iv.
Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
v. Memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal; vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Pengauditan ini menilai prestasi dan pengurusan program 1M 1S bagi murid sekolah rendah, sekolah menengah, Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN) bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024. Prestasi program meliputi pencapaian output dan pencapaian keberhasilan manakala pengurusan program terdiri daripada pengurusan kewangan; pelaksanaan program; pengurusan prasarana; kemudahan dan peralatan sukan serta pemantauan program 1M 1S. Pengauditan dijalankan di Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) dan tiga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) iaitu Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), JPN Negeri Sembilan dan JPN Perak serta 14 sekolah yang dipilih merupakan pengelola program yang menerima peruntukan di bawah Program 1M 1S. Sekolah yang terpilih telah menerima peruntukan bagi program penggalakan, Liga Sukan KPM atau aktiviti murid SSM.
Mengapa ia penting
Bagi menilai sama ada pengurusan program Dasar 1M 1S telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxii
Laporan Tahunan 2024
untuk diaudit?
selaras dengan objektif Dasar 1M 1S yang ditetapkan antaranya mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Apa yang ditemui Audit?
Secara keseluruhannya berdasarkan skop Audit, pengurusan program 1M 1S telah dilaksanakan dengan baik dari segi pelaksanaan program penggalakan serta pencapaian objektif dalam membentuk budaya sukan di kalangan murid, memupuk perpaduan antara kaum dan meningkatkan kecergasan jasmani. Bagaimanapun , terdapat kelemahan yang ditemui dari aspek prestasi dan pengurusan program Dasar 1M 1S yang boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: i. Pelaksanaan program penggalakan melalui klinik sukan lebih memfokuskan sukan alternatif dan modified games berbanding jenis sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). ii. Penyertaan guru tidak mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2022 dan 2024, penyertaan murid tidak mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2022 dan penyertaan sekolah, negeri atau daerah tidak mencapai sasaran bagi tahun 2024. iii. Hanya empat (36.4%) jenis sukan dilaksanakan klinik di peringkat sekolah. iv. Penurunan peratusan pelajar mendapat gred A dalam Pencapaian Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sukan dan permainan bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022 di dua sekolah negeri Perak. v. Prasarana dan kemudahan sukan rosak di tujuh (50.0%) sekolah. vi. Dua (14.3%) sekolah tidak mempunyai stor simpanan peralatan sukan yang mencukupi. vii. Empat (28.6%) daripada 14 sampel sekolah tidak menjalankan pemantauan terhadap Program Dasar 1M 1S. Bagi meningkatkan prestasi pengurusan program 1M 1S, adalah disyorkan kepada pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. Unit Penggalakan Sukan (UPS) mempertingkatkan pencarian bakat melalui program penggalakan bagi jenis sukan dan permainan MSSM serta selain MSSM.
Apa Syor Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxiii
Laporan Tahunan 2024
ii. Memberi peluang kepada murid yang telah menyertai program penggalakan sukan alternatif dan modifed games ke peringkat seterusnya. iii. JPN dan sekolah yang menjadi pengelola program merekodkan pengagihan peralatan sukan yang dibeli di bawah program penggalakan. iv. BSKK, JPN dan sekolah memastikan prasarana, kemudahan dan peralatan sukan sekolah selamat serta menambah baik lokasi penyimpanan peralatan sukan. v. JPN dan sekolah mempertingkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan program 1M 1S. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mula dilaksanakan di Sekolah Rendah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan semenjak tahun 1979. Program ini bertujuan untuk memberi makanan tambahan iaitu makanan bermasak kepada murid sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi meningkatkan status pemakanan murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Program Susu Sekolah (PSS) pula mula dilaksanakan pada tahun 1983 dan diteruskan di bawah Program RMT pada Jun 2019. PSS bertujuan membekalkan nutrisi yang mencukupi dan pemakanan yang seimbang. Pengauditan ini menilai prestasi dan pengurusan Program RMT bagi murid sekolah rendah di Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur bagi tahun 2021 hingga April 2024. Prestasi program meliputi prestasi aktiviti dan tahap keberhasilan Program RMT. Pengurusan program pula terdiri daripada pelaksanaan Program RMT dan pemantauan Program RMT/PSS. Tujuh negeri telah dipilih sebagai sampel Audit meliputi 16 daerah dan 42 sekolah. Pengauditan telah dilaksanakan di BPSH, Bahagian Kewangan (BKew.), Bahagian Perolehan (BPL), JPWPKL, JPN Selangor, JPN Kedah, JPN Johor, JPN Negeri Sembilan, JPN Pahang dan JPN Terengganu .
PENGURUSAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI ZON TENGAH, UTARA, SELATAN DAN TIMUR
Apa yang diaudit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxiv
Laporan Tahunan 2024
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Bagi menilai sama ada pengurusan Program RMT telah dirancang dan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan dan mencapai objektif program yang ditetapkan iaitu memberi makanan tambahan dan membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada murid sekolah rendah dari golongan berpendapatan rendah. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, program RMT berjaya menyediakan makanan tambahan iaitu makanan bermasak dan susu di bawah PSS kepada murid sekolah dari golongan berpendapatan rendah. Selain itu, bilangan hari pelaksanaan RMT; penyediaan RMT pada hari pertama persekolahan dan pengamalan amalan murni di kalangan penerima RMT juga adalah baik. Bagaimanapun, terdapat kelemahan yang ditemui boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: i. Seramai 22,860 (0.8%) daripada 2.71 juta penerima RMT menerima pendapatan isi rumah per kapita melebihi julat yang ditetapkan antara RM310.10 hingga RM145,746.20. ii. Seramai 757 (6.6%) daripada 11,513 murid melibatkan 38 sekolah bagi tahun 2021 hingga 2024 tidak layak menerima bantuan Program RMT kerana pendapatan isi rumah melebihi perkapita. iii. Seramai 17 murid layak menerima bantuan Program RMT tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima RMT. iv. Pembekalan susu di 17 sekolah Zon Utara dan Zon Tengah tidak memenuhi keperluan murid sebanyak 674,565 kotak susu berbanding senarai penerima RMT sebanyak 1,664,020. v. Terdapat kurangan pembekalan susu berjumlah 674,565 kotak susu melibatkan 17 sekolah Zon Utara dan Zon Tengah. vi. Sejumlah 1,392 kotak susu masih belum dibekalkan di SK Pulau Toba oleh pembekal tetapi telah diakui terima di dalam Sijil Akuan Penerimaan (SAP). vii. Maklumat tumbesaran fizikal murid dan kehadiran murid yang direkodkan tidak digunakan untuk tujuan analisis pencapaian sama ada oleh pihak sekolah/JPN/BPSH.
Apa yang ditemui Audit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxv
Laporan Tahunan 2024
viii. Sebanyak 15 sekolah tidak mematuhi senarai menu RMT yang ditetapkan. ix. Pemantauan setiap bulan hanya dilaksanakan oleh tiga (7.1%) sekolah pada tahun 2022, empat (9.5%) sekolah pada tahun 2023 dan enam (14.3%) sekolah setakat Mei tahun 2024. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan RMT, adalah disyorkan kepada pihak yang terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. Pemilihan penerima RMT hendaklah berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dan berdasarkan dokumen sokongan yang lengkap. ii. BPSH mengkaji semula tempoh pelaksanaan RMT meliputi kalendar persekolahan. iii. JPN memastikan Pesanan Kontrak dikeluarkan setelah mengambil kira data penerima PSS daripada semua sekolah supaya bekalan susu tidak terputus. iv. BPSH melaksanakan kajian keberkesanan secara berkala dengan menganalisis maklumat tumbesaran fizikal dan kehadiran murid ke sekolah bagi menentukan hala tuju Program RMT. v. BPSH membuat semakan semula Jadual Menu RMT dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. vi. Meningkatkan kekerapan pemantauan dan penyeliaan terhadap pengurusan Program RMT di peringkat JPN/PPD dan sekolah.
Apa Syor Audit?
PENGURUSAN SUMBANGAN BANTUAN DI SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN ZON TENGAH, UTARA, TIMUR DAN SELATAN
Apa yang diaudit?
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) ialah sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh. SBK perlu menubuhkan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 53, Akta Pendidikan 1996. LPS menjalankan tanggungjawab mentadbir sekolah melalui surat cara pengelolaan. Bahagian Pengurusan Aset (BPA) KPM, JPN, PPD merupakan pihak yang terlibat dalam
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxvi
Laporan Tahunan 2024
pengurusan sumbangan bantuan di SBK. Sumbangan bantuan yang diluluskan adalah penyenggaraan Aset Tak Alih (ATA) pada tahun 2021 dan diperluaskan kepada penyenggaraan, ubah suai dan naik taraf ATA bermula tahun 2022. Pengauditan ini menilai prestasi dan pengurusan aktiviti sumbangan bantuan di SBK bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023. Prestasi aktiviti dinilai dari aspek pencapaian output dan keberhasilan. Pencapaian output dilaksanakan dengan menganalisis tiga perkara iaitu permohonan dan kelulusan sumbangan bantuan; prestasi perbelanjaan sumbangan bantuan dan prestasi pelaksanaan fizikal sumbangan bantuan. Pencapaian keberhasilan pula dilaksanakan dengan menilai keberkesanan sumbangan bantuan di SBK. Lima perkara yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah prestasi kewangan; pengurusan permohonan sumbangan bantuan; penyaluran sumbangan bantuan; pelaksanaan kerja penyenggaraan; dan pemantauan. Bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023, sejumlah RM72.73 juta sumbangan bantuan telah disalurkan kepada 1,037 SBK yang layak di negeri Selangor, Kedah, Pahang dan Johor. Bagi menilai sama ada pengurusan sumbangan bantuan di SBK dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit, objektif sumbangan bantuan di SBK telah tercapai. Hasil soal selidik menunjukkan sumbangan bantuan dapat mengurangkan kos kewangan yang ditanggung LPS, meningkatkan kadar penggunaan kemudahan ATA dan memberi keselesaan kepada pengguna. Sebanyak 22 SBK tidak dapat menyelesaikan perbelanjaan sumbangan bantuan pada tahun 2023. Selain itu, 17 SBK pula tidak dapat menyiapkan kerja penyenggaraan, ubah suai dan naik taraf pada tahun 2023. Bagaimanapun terdapat kelemahan yang ditemui dari aspek pengurusan aktiviti yang boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: Enam permohonan di PPD Kuala Selangor tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. i.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Apa yang ditemui Audit?
ii.
Lapan SBK tidak mematuhi skop kerja yang dibenarkan.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xxxvii
Laporan Tahunan 2024
iii. 11 kontraktor yang dilantik oleh LPS di enam SBK tidak berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Empat SBK telah melaksanakan skop kerja baharu berjumlah RM162,571 tanpa kelulusan PPD. 23 Borang Pengesahan Akuan Penerimaan Sumbangan Bantuan tidak dikemukakan oleh LPS kepada PPD dan disalinkan kepada BPA. 37 SBK tidak mengemukakan laporan prestasi kerja dan belanja secara berkala kepada PPD. BPA mengkaji semula garis panduan pengurusan sumbangan bantuan SBK terutamanya dari aspek tempoh perbelanjaan pelaksanaan sumbangan bantuan dan penggunaan baki sumbangan bantuan yang tidak dapat dibelanjakan. Bagi tujuan pemantauan, PPD perlu memastikan SBK hanya melaksanakan kerja penyenggaraan, ubah suai dan naik taraf yang diluluskan sahaja. Berdasarkan Teras 4: Infrastruktur dan Infostruktur Moden dalam Pelan Transformasi Program Matrikulasi KPM 2021 – 2025, antara petunjuk prestasi utama adalah memastikan infrastruktur yang selamat dan kondusif tersedia dengan kualiti yang terbaik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej matrikulasi. Antara objektif penyenggaraan digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM2.5 Penyelenggaraan adalah untuk memastikan aset berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan, meningkatkan keupayaan serta mewujudkan suasana yang kondusif dan produktif. Pengauditan ini menilai pengurusan penyenggaraan aset tak alih Kolej Matrikulasi (KM) bagi tahun 2021 hingga Julai 2024. Dua bidang utama yang dinilai ialah prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti meliputi aspek penyediaan infrastruktur yang selamat dan kondusif bagi kemudahan pelajar dan kakitangan KM dan keberkesanan penggunaan peruntukan penyenggaraan. Pengurusan aktiviti pula terdiri daripada prestasi kewangan, pelaksanaan kerja penyenggaraan dan pemantauan. iv. v. vi. PENYENGGARAAN ASET TAK
Apa Syor Audit?
PENGURUSAN
ALIH
DI KOLEJ MATRIKULASI
Apa yang diaudit?
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia xxxviii
Made with FlippingBook - Share PDF online