LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
5.
RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
5.1. Secara keseluruhannya, pencapaian penarafan kendiri pengurusan kewangan melibatkan 1,509 PTJ melalui sistem AuditME bagi tahun 2024 adalah cemerlang di mana analisis terhadap maklum balas penilaian kendiri oleh PTJ mendapati 1,293 PTJ Cemerlang, 186 PTJ baik, 20 PTJ memuaskan, enam PTJ kurang memuaskan dan empat PTJ tidak memuaskan. Bagaimanapun berdasarkan semakan pengesahan Audit di 100 PTJ melibatkan 16 JPN dan 84 PPD, berlaku pengurangan penarafan tahap Cemerlang iaitu dari 99 PTJ ke 58 PTJ; pertambahan penarafan tahap baik dari satu PTJ ke 37 PTJ serta peningkatan lima PTJ memuaskan. 5.2. Berdasarkan penemuan Audit ke atas kawalan yang disemak, didapati berlaku kelemahan yang ketara iaitu bagi kawalan pengurusan, kawalan pengurusan aset dan stor serta pengurusan kenderaan Kerajaan. Bagi kelemahan yang telah dibangkitkan, PTJ terlibat telah membuat tindakan pembetulan, penambahbaikan dan pencegahan bagi menyelesaikan isu Audit yang berbangkit. 5.3. Sehubungan itu, bagi memastikan peraturan berkaitan dengan pengurusan kewangan dipatuhi sepenuhnya adalah disyorkan supaya pihak bertanggungjawab mengambil tindakan yang bersesuaian. Antaranya terhadap perkara berikut:
5.2.1 Memastikan pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan dipertingkatkan dengan memberi latihan sewajarnya secara berterusan.
5.2.2 Memastikan isu yang dibangkitkan diambil tindakan pembetulan dan pencegahan. Tindakan pembetulan perlu untuk memastikan kelemahan yang dibangkitkan dapat diperbetulkan manakala tindakan pencegahan penting memastikan kelemahan yang sama tidak berulang.
5.2.3 Berusaha mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan tahap prestasi pengurusan kewangan.
5.2.4 Menjalankan penyeliaan yang lebih rapi terhadap kerja yang dilaksanakan oleh pegawai bawahan yang terlibat dalam urusan kewangan untuk memastikan peraturan Kerajaan yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
55
Made with FlippingBook - Share PDF online