LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
4.1.2 Semakan Audit terhadap 25 sekolah mendapati lima sekolah tidak memohon kelulusan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan bagi setiap aset yang diterima secara hadiah atau sumbangan. Butiran lanjut seperti di jadual berikut:
SEKOLAH TIDAK MEMOHON KELULUSAN PEGAWAI PENGAWAL/ KETUA JABATAN BAGI ASET YANG DITERIMA SECARA HADIAH/SUMBANGAN
SEKOLAH
BAHAGIAN / PPD
SMS Alam Shah
BPSBP
SMS Selangor SMKA Maahad Hamidiah
BPI
SMK Kepong Baru
PPD Sentul
SMK Menjalara
Sumber: Fail Aset Alih Bahagian/PPD
4.1.3 Semakan selanjutnya mendapati sekolah terlibat telah menerima aset alih secara hadiah atau sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi swasta. Bagaimanapun pihak sekolah tidak dapat mengemukakan senarai aset alih yang diterima secara hadiah atau sumbangan kerana dokumen tersebut tiada dalam simpanan pihak sekolah, dokumen telah hilang atau dokumen penerimaan aset alih tidak diterima daripada pihak yang memberikan sumbangan. Oleh itu, pihak Audit tidak dapat mengesahkan kuantiti dan jumlah sebenar aset alih yang diterima secara hadiah atau sumbangan oleh sekolah tersebut.
MAKLUM BALAS BPSBP, BPI dan JPN telah mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan bagi semua aset alih yang diterima melalui hadiah atau sumbangan.
Aset alih yang diterima melalui sumbangan atau hadiah perlu mendapat kelulusan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan supaya boleh didaftarkan di dalam sistem iGFMAS, SPPA dan Dashboard Aset sebagai aset kerajaan. PENDAPAT AUDIT
4.2.
Perekodan Perakaunan Aset Alih
4.2.1 Perenggan 1 PP AM 2.3 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan menyatakan pendaftaran aset adalah bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemas kini. Perenggan 3 PP AM
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
63
Made with FlippingBook - Share PDF online