LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
5.
RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
5.1. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan, pengurusan aset alih di SBP, SMKA dan SMK yang dipilih telah dilaksanakan mengikut pekeliling, garis panduan dan proses kerja yang berkuat kuasa. Bagaimanapun, terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki antaranya ialah pendaftaran aset alih dalam SPPA, perakaunan aset hadiah atau sumbangan dalam iGFMAS, pendaftaran aset yang dibeli menggunakan peruntukan OS42000, pelaksanaan mesyuarat JKPAK dan pelaporan Tahunan Kedudukan Aset Alih. 5.2. Sehubungan itu, bagi memastikan aset alih yang dilaporkan dalam penyata kewangan adalah tepat dan menggambarkan kedudukan yang saksama, adalah disyorkan semua pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang bersesuaian. Antaranya terhadap perkara berikut:
5.2.1 Memastikan penerimaan aset alih secara hadiah atau sumbangan mendapat kelulusan Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan.
5.2.2 Memastikan aset alih yang diterima melalui pembelian dengan wang kerajaan atau diterima melalui hadiah yang menepati kriteria dalam peraturan berkaitan didaftarkan ke dalam iGFMAS dan SPPA.
5.2.3 PPD dan Sekolah hendaklah memastikan aset alih yang diterima didaftarkan dalam SPPA dalam tempoh 14 hari.
5.2.4 Pegawai Aset di sekolah memeriksa dan mengemas kini rekod aset alih sebelum didaftarkan dalam iGFMAS, SPPA dan sistem Dashboard Aset.
5.2.5 Memastikan mesyuarat JKPAK dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam pekeliling berkuat kuasa.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
72
Made with FlippingBook - Share PDF online