LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
PENGAUDITAN PRESTASI
PROJEK MENAIK TARAF BILIK DARJAH MENJADI BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI
1.
LATAR BELAKANG
1.1. Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran baharu menggantikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Mata pelajaran RBT telah ditambah baik dengan menerapkan elemen asas pendidikan digital bagi memenuhi keperluan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta asas Revolusi Industri 4.0 (4IR).
1.2. Sehubungan itu, projek menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT bermatlamat untuk menyediakan persekitaran yang bersesuaian bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih berkesan melalui penggunaan teknologi.
1.3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diluluskan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi pembinaan baharu dan menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT dengan nilai siling berjumlah RM307 juta. Peruntukan nilai siling berjumlah RM23 juta telah diluluskan di bawah Rolling Plan 2 (RP2) tahun 2022 melibatkan 287 sekolah di 12 negeri. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat iaitu 90 projek pada tahun 2022, 161 projek pada tahun 2023 dan baki 36 projek dalam tahun 2024 seperti di carta berikut:
PELAKSANAAN PROJEK MENAIK TARAF BILIK DARJAH MENJADI BENGKEL RBT
2
3
4
1
RP 2 Tahun 2022 : RM23 juta nilai siling diluluskan melibatkan 287 sekolah di 12 Negeri
90 Projek RM7.84 juta Tahun 2022
161 Projek RM23.19 juta Tahun 2023
36 Projek RM159.2 juta Tahun 2024
Sumber: Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
1.4. Projek ini dirancang oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Perolehan dan pemantauan projek dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Bahagian Pembangunan (BP)
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
75
Made with FlippingBook - Share PDF online