LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
b. Semakan Audit mendapati pembekalan peralatan ICT di empat sekolah berjumlah RM13,099.00 perabot di tiga sekolah berjumlah RM741.00 dan kerja naik taraf bengkel RBT di lima sekolah berjumlah RM11,270.00 tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan dan tiada kelulusan perubahan. Perkara ini berlaku disebabkan sekolah tidak dimaklumkan mengenai spesifikasi sebenar dan pengesahan penerimaan peralatan dibuat oleh sekolah hanya berdasarkan dokumen Nota Penghantaran daripada pembekal.
4.1.1.2. Skop dan Spesifikasi BPK Tidak Dipatuhi
a. BPK telah menetapkan bilangan dan anggaran harga keperluan bagi perabot dan peralatan (ICT dan RBT) untuk setiap kelas yang dinaik taraf menjadi bengkel RBT seperti di jadual berikut:
PEMBEKALAN PERALATAN (ICT DAN RBT) DAN PERABOT DI BENGKEL RBT
JUMLAH ANGGARAN HARGA (RM)
ANGGARAN HARGA (RM)
BEKALAN
JENIS PERALATAN
UNIT
Set Robotik
10 10
350.00 150.00
3,500.00 1,500.00
Peralatan RBT
Set Mikropengawal
Pen 3D
10
80.00
800.00
Komputer Riba
7 1 1
3,500.00 1,000.00
24,500.00
Peralatan ICT
Pencetak
1,000.00
Meja Guru
550.00 100.00 250.00
550.00
Bangku Bengkel
36
3,600.00
Kerusi Guru
1
250.00
Perabot
Meja Kerja
6 2 2
1,800.00
10,800.00 1,200.00 1,800.00 49,500.00
Rak Barang Almari Besi
600.00 900.00
JUMLAH KESELURUHAN
Sumber: Slaid Cadangan Permohonan Projek Pembangunan Pendidikan RMKe-12 2022
b. Semakan Audit mendapati perolehan peralatan (ICT dan RBT) dan perabot kurang daripada kuantiti yang ditetapkan oleh BPK sebanyak 36 unit bernilai RM14,850.00 kerana peruntukan tidak mencukupi di SK Kampung Kuantan, Selangor dan SK Menunggui, Sabah. Butiran seperti di jadual berikut:
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
78
Made with FlippingBook - Share PDF online