LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

b. Semakan Audit mendapati peralatan RBT iaitu set mikro pengawal, set robotik dan pen 3D tidak digunakan di 10 daripada 31 sekolah kerana tiada buku panduan penggunaan yang lengkap dan tiada latihan diberikan. c. Pencetak tidak digunakan di empat sekolah kerana kehabisan dakwat dan pihak sekolah tidak maklum tentang punca kewangan bagi perolehan dakwat baharu. Selain itu, didapati tetikus tanpa wayar juga tidak digunakan kerana guru dan murid lebih selesa menggunakan trackpad komputer riba.

MAKLUM BALAS 

BPK: Pihak sekolah boleh menggunakan Bantuan Geran Per Kapita (PCG) mata pelajaran RBT untuk membuat perolehan dakwat pencetak mengikut tatacara perolehan berkuat kuasa.  JPN Pahang/JPN Sabah: Bengkel dan kursus bagi meningkatkan kemahiran guru RBT telah dilaksanakan pada September dan Oktober 2024.

PENDAPAT AUDIT

Pencapaian keberhasilan projek naik taraf bengkel RBT secara keseluruhannya adalah baik. Bagaimanapun, masih terdapat perkara yang perlu diberi perhatian seperti peralatan RBT yang tidak digunakan dan peralatan PdP yang kurang digunakan.

4.2. Pengurusan Projek

4.2.1. Prestasi Kewangan

Perbelanjaan tahun 2022 bagi projek menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT berjumlah RM5.80 juta iaitu 74% daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM7.84 juta. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan peruntukan yang diterima tidak dibelanjakan kesemuanya kerana SJK (C) Khai Chee Kuala Lumpur tidak mempunyai kelas khas untuk dinaik taraf menjadi bengkel RBT. BPK memaklumkan peruntukan RP2 tahun 2022 yang tidak habis dibelanjakan telah dibawa ke tahun 2023.

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

82

Made with FlippingBook - Share PDF online