LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
b. Semakan terhadap minit mesyuarat JPICT JPN Sabah Bil. 2 Tahun 2022 bertarikh 17 Jun 2022 mendapati kaedah perolehan bagi peralatan ICT berjumlah RM841,500.00 tidak dinyatakan. JPICT KPM yang bermesyuarat pada 15 Ogos 2022 memutuskan perolehan dibuat secara tender. Bagaimanapun semakan Audit melalui sampel mendapati perolehan peralatan ICT bagi negeri Sabah berjumlah RM298,230.00 telah dilaksanakan melalui kaedah perolehan sebut harga dan pembelian terus. Semakan lanjut mendapati PPD Kota Marudu telah membuat perolehan secara sebut harga pada 7 Julai 2022 sebelum keputusan mesyuarat JPICT KPM diperoleh dan tiga PPD iaitu PPD Ranau, PPD Kota Kinabalu dan PPD Kota Belud masih meneruskan perolehan secara sebut harga dan pembelian terus pada 21 dan 26 September 2022 serta 16 November 2022 walaupun telah diputuskan oleh JPICT KPM perolehan dibuat secara tender. Tiada dokumen berkaitan dikemukakan kepada pihak Audit bagi melaksanakan perolehan selain daripada tender. MAKLUM BALAS BPK: Mengambil maklum perolehan perkakasan ICT perlu dimasukkan dalam skop dan dilaksanakan secara tender terbuka. JPN Sabah: Proses perolehan peralatan ICT diturunkan di peringkat PTJ PPD mengikut keperluan sekolah adalah tidak menjadi pelanggaran peraturan PK2.2. Sekiranya permohonan secara tender dilaksanakan pada penghujung September 2022, pembekalan peralatan ICT yang diperlukan di makmal RBT di 33 buah sekolah tidak akan dapat dilaksanakan dan berkemungkinan menjadi bil AP58(a) di mana proses perolehan memerlukan 140 hari (4.7 bulan) untuk diselesaikan. Bagi penambahbaikan akan datang, JPN Sabah mengambil maklum keperluan pelaksanaan JPICT berdasarkan Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT KPM Bil. 1 Tahun 2022.
Pengurusan perolehan yang dilaksanakan di JPN Sabah adalah kurang memuaskan kerana tidak selari dengan keputusan JPICT KPM. PENDAPAT AUDIT
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
84
Made with FlippingBook - Share PDF online