LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
4.2. Pengurusan Aktiviti
4.2.1. Prestasi Kewangan
a. Peruntukan kewangan yang mencukupi diperlukan bagi membolehkan pihak SBJK KL menguruskan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran guru/murid serta program/aktiviti sekolah dengan baik dan teratur. BPSH telah menerima peruntukan mengurus bagi pengoperasian SBJK KL dan sebahagiannya disalurkan terus ke Kumpulan Wang Sekolah (KWS) SBJK KL.
b. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2021 hingga November 2024, sejumlah RM19.59 juta (99.3%) daripada RM19.73 juta peruntukan mengurus dan KWS telah dibelanjakan untuk SBJK KL.
Secara keseluruhannya, prestasi kewangan di bawah peruntukan mengurus dan KWS adalah baik kerana peruntukan yang diterima telah dibelanjakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. PENDAPAT AUDIT
4.2.2. Garis Panduan Pengoperasian SBJK
Garis Panduan (GP) merupakan dokumen rasmi yang menetapkan prosedur, tatacara dan peraturan yang harus dipatuhi dalam melaksanakan operasi atau aktiviti dalam organisasi. Semakan Audit mendapati sejak penubuhan SBJK KL pada tahun 2013 sehingga tarikh pengauditan pada tahun 2024, GP pengoperasian SBJK yang disediakan masih belum dimuktamadkan. Perkara ini disebabkan pegawai yang menguruskan tugas tersebut telah bertukar dan tiada pegawai lain mengambil alih tugas tersebut. MAKLUM BALAS BPSH sedang dalam tindakan menambah baik GP dengan mengambil kira pelbagai aspek dan pihak yang terlibat. BPSH telah menetapkan garis masa bagi setiap tindakan yang akan dilaksanakan bagi memastikan proses penambahbaikan GP dilaksanakan dengan berkesan. Jangkaan GP akan dimuktamadkan pada Mac 2025.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
111
Made with FlippingBook - Share PDF online