LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

bersih. Pemeriksaan fizikal Audit pada 26 September 2024 mendapati ada ulat di dalam makanan yang disajikan semasa sarapan pagi seperti di Gambar 3 . Perkara ini boleh menimbulkan risiko keracunan makanan kepada murid kerana makanan tersebut tidak diuruskan dengan bersih. b. Pemeriksaan fizikal Audit pada 1 Oktober 2024 di bahagian dapur dewan makan mendapati peti sejuk beku dalam keadaan kotor manakala peti sejuk yang menyimpan pelbagai jenis sayur pula tidak teratur dan kemas. Perkara ini boleh menjejaskan kualiti bahan mentah akibat risiko pencemaran. Butiran lanjut seperti di Gambar 4 dan Gambar 5 .

GAMBAR 3

Dewan Makan, SBJK KL - Ulat di dalam makanan yang disajikan semasa sarapan pagi (26.09.2024)

GAMBAR 4

GAMBAR 5

Dapur Dewan Makan, SBJK KL - Peti sejuk beku kotor dengan kesan darah bahan mentah (01.10.2024)

Dapur Dewan Makan, SBJK KL - Pelbagai sayur tidak disimpan dengan teratur dan kemas (01.10.2024)

4.2.5.5. Jenama Bahan Makanan Kering

a. Lampiran A3, Kontrak Perkhidmatan BMB menetapkan hanya jenama bahan makanan kering yang disenaraikan sahaja boleh digunakan sepanjang tempoh kontrak berkuat kuasa. Sebarang permohonan pertukaran jenama adalah tertakluk kepada kelulusan daripada pentadbir sekolah.

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

117

Made with FlippingBook - Share PDF online