LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
4.1.1.1. Pengambilan Pelajar KEDAP
a. Perenggan 3.2, Surat Siaran BKew. berkaitan Pelaksanaan Kelas KEDAP bertarikh 21 Mei 2012 menetapkan pengambilan pelajar KEDAP bagi program KEDAP adalah antara 25 hingga 30 pelajar orang bagi setiap kelas.
b. Bagi tempoh tahun 2022 hingga 2024, seramai 6,042 orang pelajar KEDAP telah mengikuti program KEDAP di 153 sekolah melibatkan 10 negeri. Butiran lanjut seperti di jadual berikut:
BILANGAN PENGAMBILAN PELAJAR KEDAP BAGI TEMPOH TAHUN 2022 HINGGA 2024
TAHUN 2022
TAHUN 2023
TAHUN 2024
BIL.
NEGERI
BIL. SEKOLAH
BIL. PELAJAR
BIL. SEKOLAH
BIL. PELAJAR
BIL. SEKOLAH
BIL. PELAJAR
1.
Kedah
1
25
-
-
-
-
2.
Perak
12
300
8
200
14
350
3.
Selangor
3
75
1
25
5
125
4.
Negeri Sembilan
4
114
4
100
4
100
5.
Johor
5
131
9
230
11
275
6.
Pahang
15
390
4
102
6
151
7.
Terengganu
2
50
2
50
2
50
8.
Kelantan
12
310
12
300
13
325
9.
Sabah
20
520
23
625
19
475
10.
Sarawak
14
338
6
156
6
150
JUMLAH
2,253
1,788
2,001
Sumber : Maklumat pelajar program KEDAP, BPSH
c. Analisis Audit terhadap rekod pelajar KEDAP di BPSH bagi tempoh tahun 2022 hingga 2024 mendapati pihak sekolah telah melaksanakan program KEDAP dengan kapasiti pelajar KEDAP antara 25 hingga 30 orang setiap tahun. Bagaimanapun, dua sekolah di Sarawak mempunyai sembilan hingga 18 pelajar pada tahun 2022 dan 23 hingga 24 pelajar di sembilan sekolah di Sabah pada tahun 2023. d. Analisis Audit terhadap senarai pelajar KEDAP di 20 sekolah yang dilawati mendapati bilangan pengambilan pelajar KEDAP mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu antara 25 hingga 30 orang bagi setiap kelas. Seramai 1,009 orang telah mengikuti program KEDAP bagi tempoh tahun 2022 hingga 2024. Butiran lanjut seperti di jadual berikut:
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
124
Made with FlippingBook - Share PDF online