LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

v. Perbezaan Kriteria Kelayakan Pelajar KEDAP

 Semakan Audit mendapati kriteria kelayakan pelajar KEDAP yang ditetapkan dalam Surat Siaran BKew. Tahun 2012 adalah berbeza dengan ketetapan dalam GP Program KEDAP seperti di jadual berikut.

PERBEZAAN KRITERIA KELAYAKAN PELAJAR KEDAP

KRITERIA

SURAT SIARAN BKew

GARIS PANDUAN

Kelayakan

Ibu bapa

Ibu bapa/penjaga

Umur

Tidak dinyatakan Tidak dinyatakan

20-60 tahun

Warganegara

Warganegara

Buta huruf dan belum menguasai asas 3M

Penguasaan 3M

Tidak dinyatakan

Penyertaan berulang

Belum pernah menyertai kelas KEDAP

Tidak dinyatakan

Sumber: Surat Siaran BKew dan Garis Panduan Program KEDAP

 Temu bual Audit dengan penyelaras KEDAP mendapati pemahaman terhadap kriteria pemilihan pelajar KEDAP adalah berbeza antara sekolah. Justifikasi pemilihan pelajar KEDAP dibuat melebihi had umur, bukan daripada ibu atau bapa murid OA dan peserta ulangan yang pernah menghadiri kelas KEDAP adalah untuk mencukupkan kapasiti pelajar dalam kelas. JPN: Pelajar KEDAP yang tidak mempunyai anak di sekolah tersebut kerana pihak sekolah ingin mencukupkan kapasiti jumlah peserta. Pengambilan pelajar KEDAP pada tahun 2024 melepasi tahap umur yang ditetapkan atas pertimbangan pihak sekolah bagi mencukupkan kapasiti dan pelajar mempunyai cucu di sekolah tersebut. Peringatan telah diberikan kepada pihak sekolah pada 16 Januari 2025 agar akur dan mematuhi pelaksanaan kelas KEDAP. Sesi penataran secara dalam talian telah dilaksanakan pada 24 Januari 2024 kepada pihak sekolah.  BPSH: Isu peserta berulang telah dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan program KEDAP pada 25 hingga 26 April 2022. Peserta boleh diambil semula sekiranya masih tidak menguasai kemahiran 3M melalui ujian pre-test yang dijalankan. BPSH akan menggunakan Surat Siaran BKew. tahun 2012 untuk kriteria pemilihan pelajar KEDAP. BPSH dan BKew. akan menyelaras semula ketetapan kriteria pemilihan pelajar KEDAP dan mengeluarkan garis panduan serta surat siaran yang akan dimuktamadkan pada Julai 2025. MAKLUM BALAS 

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

129

Made with FlippingBook - Share PDF online