LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

MAKLUM BALAS BPSH: Pemantauan dan rumusan pencapaian program akan dilaksanakan selaras dengan garis panduan.

PENDAPAT AUDIT

Pemantauan yang tidak menyeluruh ke semua sekolah oleh pihak JPN/PPD menyebabkan rumusan pencapaian program KEDAP tidak dapat dilaksanakan dan ketidakpatuhan dalam pengurusan program KEDAP tidak diambil tindakan sewajarnya.

5.

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

5.1. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, pengurusan program KEDAP telah mencapai objektif yang telah ditetapkan di mana tahap penguasaan kemahiran 3M telah meningkat. Kadar keciciran dan ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid OA telah berkurang. 5.2. Bagaimanapun terdapat kelemahan dalam pengurusan program KEDAP seperti pemilihan pelajar KEDAP yang tidak memenuhi kriteria seperti had umur; ibu atau bapa kepada murid OA; dan tidak pernah menghadiri program KEDAP. Selain itu, pemantauan juga tidak dilaksanakan secara menyeluruh oleh JPN/PPD dan laporan pemantauan tidak dikumpul oleh BPSH untuk penyediaan rumusan program. 5.3. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan program KEDAP, adalah disyorkan kepada pihak terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara antaranya seperti berikut: 5.3.1. BPSH mengkaji semula perbezaan kriteria kelayakan antara GP Program KEDAP dan Surat Siaran BKew. agar selaras digunakan di semua sekolah yang terlibat. 5.3.2. BPSH, JPN, PPD dan sekolah menyemak maklumat pelajar KEDAP supaya memenuhi kriteria kelayakan seperti had umur, ibu atau bapa kepada murid OA dan tidak pernah menghadiri program KEDAP.

5.3.3. BPSH mengkaji semula kadar elaun KEDAP agar setara dengan keadaan semasa.

5.3.4. JPN/PPD melaksanakan pemantauan di sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun dan hasil pemantauan perlu dihantar kepada BPSH.

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

137

Made with FlippingBook - Share PDF online