LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
c. Permohonan peruntukan baik pulih lantai gelanggang badminton SMK Dr Megat Khas yang telah dibuat pada Oktober 2024 ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara juga masih belum mendapat kelulusan.
MAKLUM BALAS BSKK/JPN Negeri Sembilan/JPN Perak: Permohonan naik taraf kemudahan sukan di SMK Za’Ba dan SMK Seri Titiwangsa di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke 12 5th Rolling Plan Tahun 2025 telah diluluskan. Antara skop kerja adalah membina gelanggang sukan serbaguna berbumbung dan menaik taraf padang hoki sintetik. Projek ini masih dalam peringkat penyelarasan di pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Bagi sekolah lain yang memerlukan peruntukan baik pulih, permohonan adalah melalui PPD atau Sistem I-Keps dan kelulusan tertakluk kepada peruntukan daripada PPD dan JPN. Kebanyakan sekolah akan menjalankan pembaikan secara sendiri kerana kekurangan dana.
4.2.3.2. Penyimpanan Peralatan Sukan
a. Semakan Audit mendapati dua (14.3%) daripada 14 sekolah tidak mempunyai stor simpanan peralatan sukan yang mencukupi. Butiran seperti di gambar berikut:
GAMBAR 5
GAMBAR 6
SMK Gunung Rapat - Bola sepak diletakkan dalam tandas di bilik persalinan (13.11.2024)
SMK Seri Pagi - Stor peralatan sukan memanah diletakkan di ruangan terbuka (tepi dewan) (18.10.2024)
b. Menurut pegawai SMK Gunung Rapat, peralatan sukan diletakkan dalam tandas kerana kekangan ruangan penyimpanan. Manakala peralatan sukan memanah di SMK Seri Pagi telah diletakkan di ruang terbuka kerana kerja membaik pulih astaka dan stor sedang dilaksanakan.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
150
Made with FlippingBook - Share PDF online