LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
PENGAUDITAN KEWANGAN
Pengauditan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Pengauditan dijalankan di Bahagian/Jabatan/Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif pengauditan kewangan ialah untuk menilai pematuhan terhadap Akta Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan Malaysia dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat dan KPM bagi meningkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan.
1.
Pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus
Pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus telah dijalankan berfokus terhadap dua kawalan pengurusan kewangan iaitu kawalan pengurusan aset alih dan stor melibatkan 47 Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan kawalan perolehan melibatkan 23 PTJ. Semakan dibuat berdasarkan 149 kriteria bagi kawalan pengurusan aset dan stor serta 134 kriteria bagi kawalan perolehan.
2.
Pengauditan Arahan Pembayaran
Pengauditan Arahan Pembayaran (AP) telah dijalankan di JPN, PPD dan Institusi Pendidikan yang dipilih untuk menentukan sama ada wujudnya kawalan dalaman yang berkesan; bayaran dibuat dengan betul dan tepat serta disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap; rekod berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini; serta bekalan dan kerja yang dilaksanakan dapat disahkan secara fizikal mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bagi tahun 2024, Pengauditan Arahan Pembayaran telah dilaksanakan di 28 PTJ iaitu 16 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan 4,044 AP berjumlah RM261 juta.
3. Pengesahan Kendiri Pengurusan Kewangan Melalui Sistem AuditME
Penilaian kendiri pengurusan kewangan dilaksanakan di peringkat PTJ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran PTJ dan sekolah terhadap kawalan dalaman dan pematuhan pengurusan kewangan masing-masing yang dibangunkan bersama UAD dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KPM. Sistem Penilaian Kendiri
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
xix
Made with FlippingBook - Share PDF online