LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

PENGAUDITAN PRESTASI

Pengauditan Prestasi dilaksanakan bertujuan bagi memastikan sesuatu aktiviti/program/projek di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan Prestasi yang berkesan dilaksanakan adalah seperti berikut: PROJEK MENAIK TARAF BILIK DARJAH MENJADI BENGKEL REKA BENTUK TEKNOLOGI Apa yang diaudit?  Pengauditan ini menilai prestasi projek dan pengurusan projek naik taraf bilik darjah menjadi bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Prestasi projek dinilai daripada segi pencapaian penyediaan bengkel RBT mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh BPK dan kontrak perolehan serta tahap keberhasilan bengkel RBT kepada guru dan murid. Pengurusan projek dinilai melalui lima perkara iaitu prestasi kewangan; pengurusan perolehan; pentadbiran kontrak; pengurusan aset dan pemantauan projek bagi tempoh tahun 2022.

 Pengauditan dilaksanakan di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), empat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) iaitu JPN Sabah, JPN Pahang, JPN Perak dan JPN Selangor, 20 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta 31 sekolah terdiri daripada 19 sekolah luar bandar dan 12 sekolah bandar.  Bagi menilai sama ada projek menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT telah diuruskan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mata pelajaran RBT tahun 4, 5 dan 6 dilaksanakan mengikut kurikulum dan meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam pentaksiran bilik darjah (PBD).  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, matlamat projek menaik taraf bilik darjah menjadi bengkel RBT telah tercapai. Bengkel RBT telah berfungsi dan dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid di sekolah. Bagaimanapun, masih terdapat perkara yang perlu diberi perhatian seperti peralatan RBT yang tidak digunakan dan peralatan PdP yang kurang digunakan.

Mengapa ia penting untuk diaudit?

Apa yang ditemui Audit?

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

xxv

Made with FlippingBook - Share PDF online