LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

Apa yang ditemui Audit?

 Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, pengurusan program KEDAP telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid OA. Kadar keciciran dan ketidakhadiran ke sekolah dalam kalangan murid OA telah berkurang.  Bagaimanapun terdapat kelemahan dalam pengurusan program KEDAP yang boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: i. Pelajar KEDAP tidak memenuhi kriteria seperti melebihi had umur; bukan ibu atau bapa kepada murid OA; tidak mempunyai anak di sekolah yang melaksanakan program KEDAP; dan pernah menghadiri program KEDAP pada tahun sebelumnya. ii. Seramai 370 murid OA yang merupakan anak kepada pelajar KEDAP tidak mencapai sasaran kehadiran yang ditetapkan oleh KPM. iii. Guru KEDAP tidak menghadiri Kursus Induksi Program KEDAP bagi mendapat latihan sewajarnya berkaitan pengurusan program KEDAP di sekolah. iv. Sebanyak 11 daripada 20 sekolah tidak melaksanakan kerja projek seperti tanaman sayur dan ternakan ikan kerana kekangan peruntukan kewangan.  Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan program KEDAP, adalah disyorkan kepada pihak terlibat untuk mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut: i. BPSH mengkaji semula perbezaan kriteria kelayakan antara Garis Panduan Program KEDAP dan Surat Siaran Bahagian Kewangan KPM (BKew.) agar selaras digunakan di semua sekolah yang terlibat. ii. BPSH, JPN, PPD dan sekolah menyemak maklumat pelajar KEDAP supaya memenuhi kriteria kelayakan seperti had umur, ibu atau bapa kepada murid OA dan tidak pernah menghadiri program KEDAP. iii. BPSH mengkaji semula kadar elaun KEDAP agar setara dengan keadaan semasa.

Apa Syor Audit?

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

xxxi

Made with FlippingBook - Share PDF online