LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

Mengapa ia penting untuk diaudit?

 Bagi menilai sama ada pengurusan Program RMT telah dirancang dan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan dan mencapai objektif program yang ditetapkan iaitu memberi makanan tambahan dan membekalkan nutrisi yang mencukupi kepada murid sekolah rendah dari golongan berpendapatan rendah.  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, program RMT berjaya menyediakan makanan tambahan iaitu makanan bermasak dan susu di bawah PSS kepada murid sekolah dari golongan berpendapatan rendah. Selain itu, bilangan hari pelaksanaan RMT; penyediaan RMT pada hari pertama persekolahan dan pengamalan amalan murni di kalangan penerima RMT juga adalah baik.  Bagaimanapun, terdapat kelemahan yang ditemui boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: i. Seramai 22,860 (0.8%) daripada 2.71 juta penerima RMT menerima pendapatan isi rumah per kapita melebihi julat yang ditetapkan antara RM310.10 hingga RM145,746.20. ii. Seramai 757 (6.6%) daripada 11,513 murid melibatkan 38 sekolah bagi tahun 2021 hingga 2024 tidak layak menerima bantuan Program RMT kerana pendapatan isi rumah melebihi perkapita. iii. Seramai 17 murid layak menerima bantuan Program RMT tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima RMT. iv. Pembekalan susu di 17 sekolah Zon Utara dan Zon Tengah tidak memenuhi keperluan murid sebanyak 674,565 kotak susu berbanding senarai penerima RMT sebanyak 1,664,020. v. Terdapat kurangan pembekalan susu berjumlah 674,565 kotak susu melibatkan 17 sekolah Zon Utara dan Zon Tengah. vi. Sejumlah 1,392 kotak susu masih belum dibekalkan di SK Pulau Toba oleh pembekal tetapi telah diakui terima di dalam Sijil Akuan Penerimaan (SAP). vii. Maklumat tumbesaran fizikal murid dan kehadiran murid yang direkodkan tidak digunakan untuk tujuan analisis pencapaian sama ada oleh pihak sekolah/JPN/BPSH.

Apa yang ditemui Audit?

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

xxxv

Made with FlippingBook - Share PDF online