LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
PENUTUP
UAD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama penuh sepanjang proses pengauditan. Kami juga menghargai usaha yang diambil dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan serta langkah proaktif dalam memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti. Laporan Tahunan UAD 2024 ini disediakan bagi melaporkan hasil penemuan Audit dengan harapan setiap isu yang berkaitan dengan pengurusan kewangan serta pelaksanaan program, aktiviti, dan projek dapat dijadikan pengajaran (lessons learnt) bagi mengelakkan kelemahan yang sama berulang. Selain itu, laporan ini juga diharap dapat menjadi rujukan dalam memperkukuh prestasi pengurusan kewangan dan tata kelola KPM secara berterusan. Melalui laporan ini, diharapkan semua pihak dapat memberi perhatian sewajarnya serta mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan demi memastikan akauntabiliti dan integriti penjawat awam terus dipelihara dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
325
Made with FlippingBook - Share PDF online