LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

pengurusan sumbangan bantuan di SBK. Sumbangan bantuan yang diluluskan adalah penyenggaraan Aset Tak Alih (ATA) pada tahun 2021 dan diperluaskan kepada penyenggaraan, ubah suai dan naik taraf ATA bermula tahun 2022.  Pengauditan ini menilai prestasi dan pengurusan aktiviti sumbangan bantuan di SBK bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023. Prestasi aktiviti dinilai dari aspek pencapaian output dan keberhasilan. Pencapaian output dilaksanakan dengan menganalisis tiga perkara iaitu permohonan dan kelulusan sumbangan bantuan; prestasi perbelanjaan sumbangan bantuan dan prestasi pelaksanaan fizikal sumbangan bantuan. Pencapaian keberhasilan pula dilaksanakan dengan menilai keberkesanan sumbangan bantuan di SBK. Lima perkara yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah prestasi kewangan; pengurusan permohonan sumbangan bantuan; penyaluran sumbangan bantuan; pelaksanaan kerja penyenggaraan; dan pemantauan.  Bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023, sejumlah RM72.73 juta sumbangan bantuan telah disalurkan kepada 1,037 SBK yang layak di negeri Selangor, Kedah, Pahang dan Johor.  Bagi menilai sama ada pengurusan sumbangan bantuan di SBK dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang ditetapkan.  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop dan sampel Audit, objektif sumbangan bantuan di SBK telah tercapai. Hasil soal selidik menunjukkan sumbangan bantuan dapat mengurangkan kos kewangan yang ditanggung LPS, meningkatkan kadar penggunaan kemudahan ATA dan memberi keselesaan kepada pengguna. Sebanyak 22 SBK tidak dapat menyelesaikan perbelanjaan sumbangan bantuan pada tahun 2023. Selain itu, 17 SBK pula tidak dapat menyiapkan kerja penyenggaraan, ubah suai dan naik taraf pada tahun 2023.  Bagaimanapun terdapat kelemahan yang ditemui dari aspek pengurusan aktiviti yang boleh ditambah baik antaranya adalah seperti berikut: Enam permohonan di PPD Kuala Selangor tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. i.

Mengapa ia penting untuk diaudit?

Apa yang ditemui Audit?

ii.

Lapan SBK tidak mematuhi skop kerja yang dibenarkan.

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

xxxvii

Made with FlippingBook - Share PDF online