LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

PENGURUSAN PELANTAR INITIATIVE MALAYSIA (DELIMa) Apa yang diaudit? 

DIGITAL EDUCATIONAL LEARNING

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) pada 15 Jun 2020. DELIMa ialah pelantar pembelajaran digital yang memfokuskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melibatkan guru dan murid. Pelantar DELIMa beroperasi menggunakan model pengkomputeran awan Software as a Service (SaaS) di mana aplikasi perisian dihantar melalui internet atas dasar langganan. Sehingga Jun 2024, sebanyak 5.29 juta pengguna pelantar DELIMa telah didaftarkan melibatkan 419,470 guru dan 4.87 juta murid.  Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah membuat perolehan langganan perisian G Suite Enterprise for Education (GSEfE) melibatkan 109,522 unit lesen berbayar bagi tempoh tiga tahun mulai 9 Julai 2021 hingga 8 Julai 2024 berjumlah RM22.78 juta.  Pengauditan ini menilai prestasi aktiviti dan pengurusan pelantar DELIMa bagi tempoh tahun 2021 hingga Jun 2024. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan perkembangan pelantar DELIMa dan pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan aktiviti pula dinilai melalui tiga aspek iaitu pengurusan ID pelantar DELIMa, ketersediaan rangkaian internet dan pemantauan.  Pengauditan dilaksanakan di Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), BPM, tiga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sebanyak 78 sekolah dipilih sebagai sampel Audit iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (18), Sabah (30) dan Kelantan (30) merangkumi sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman.  Bagi menilai sama ada pengurusan pelantar DELIMa telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu untuk menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan dan sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh pendidik dan pelajar untuk belajar secara dalam talian.  Secara keseluruhannya, berdasarkan skop pengauditan, prestasi aktiviti dari segi perkembangan pelantar DELIMa adalah baik kerana pelantar DELIMa telah dinaik taraf mengikut perancangan dan telah digunakan sebagai sumber pembelajaran oleh guru dan

Mengapa ia penting untuk diaudit?

Apa yang ditemui Audit?

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

xlii

Made with FlippingBook - Share PDF online