LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
ANTARA KELEMAHAN KAWALAN PEROLEHAN
3
2
4
1
Prestasi penggunaan MyGPIS tidak dilaporkan oleh penyelia di dalam JPKA sebagai salah satu agenda tetap berkaitan pengurusan perolehan Agensi.
Perolehan kerja tidak dikunci masuk dan disahkan dalam MyGPIS mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Maklumat didaftarkan ke dalam MyGPIS tidak disemak dan disahkan oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa menguruskan perolehan di PTJ.
Penyedia/
Penyelia
tidak merekodkan aduan berkenaan isu yang ditemui di dalam MyGPIS.
5
8
6
7
Penghantaran bekalan/ penyempurnaan perkhidmatan tidak mengikut tempoh yang ditetapkan.
Kontrak tidak ditandatangani dalam tempoh empat bulan dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani balas oleh pembekal.
Tindakan susulan terhadap isu kualiti dan pembekalan lewat oleh kontraktor Kontrak Panel Berpusat tidak dibuat.
Syarat perjanjian kontrak tidak disemak dan diluluskan oleh Penasihat Undang undang.
Pelantikan Ahli Jawatankuasa bagi penilaian sebut harga tidak dibuat oleh Ketua Jabatan dan tempoh penilaian tidak dinyatakan dengan jelas.
9
Urus setia tidak mengemas kini maklumat penyebut harga yang dipaparkan dalam Portal MyPROCUREMENT, ePerolehan, laman sesawang Agensi dan papan kenyataan Jabatan.
10
Peti tawaran tidak dikunci dengan dua kunci yang berbeza dan anak kuncinya tidak dipegang secara berasingan oleh dua orang pegawai yang diberi tanggungjawab oleh Agensi.
11
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga tidak merekodkan maklumat yang ditetapkan pada Borang Jadual Sebut Harga antaranya tarikh tutup sebut harga, bilangan sebut harga dikeluarkan dan diterima. Pegawai awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses perolehan Kerajaan tidak menandatangani Surat Akuan Oleh Pegawai Awam Yang Terlibat Dalam Perolehan Kerajaan.
12
13
Ahli Jawatankuasa Sebut Harga yang mempunyai apa-apa kepentingan persendirian atau kepentingan terletak hak mengenai sesuatu sebut harga itu tidak mengisytiharkan kepentingannya secara bertulis.
14
Agensi tidak merujuk serta mendapatkan nasihat daripada Jabatan Teknik atau Jabatan yang mempunyai kepakaran khusus seperti Jabatan Digital Negara (JDN), Jabatan Kimia dan sebagainya dalam melaksanakan perolehan Kerajaan.
15
Sumber: Unit Audit Dalam, KPM
4.2.
Kawalan Pengurusan Aset dan Stor
Kawalan Pengurusan Aset dan Stor merangkumi kawalan umum serta urusan penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyenggaraan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset. Ia
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
21
Made with FlippingBook - Share PDF online