LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

sebelum Disember 2023 iaitu tarikh akhir penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan.

4.1.3. Perenggan 4.1, Garis Panduan Peruntukan Khas bagi Naik Taraf dan Penyelenggaraan Kecil Institusi Pendidikan KPM 2023 menyatakan sekiranya terdapat lebihan peruntukan, peruntukan ini boleh digunakan untuk projek penyelenggaraan yang lain yang telah dikenal pasti bagi projek di bawah pelaksanaan KPM. 4.1.4. Berdasarkan sampel audit, sejumlah RM9.94 juta peruntukan telah diagihkan oleh KPM kepada PPN, BPLTV, dan BPSBP untuk tujuan menaik taraf tandas di 67 sekolah, 38 KV/SMT, dan 34 SBP. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9.86 juta (99.2%) telah dibelanjakan. Butiran seperti jadual berikut:

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PENYENGGARAAN BAGI SAMPEL AUDIT

PERUNTUKAN YANG DISALURKAN (RM Juta)

PERBELANJAAN

BAKI

PERATUS BELANJA

BAHAGIAN

(RM Juta)

(RM Juta)

PPN

4.90

4.86

0.04

99.2%

BPLTV

2.66

2.62

0.04

98.5%

BPSBP

2.38

2.38

0.00

100%

JUMLAH

9.94

9.86

0.08

99.2%

Sumber: Unit Audit Dalam, KPM

4.2.

Penyediaan Bill of Quantity

Surat Kementerian Kewangan bertarikh 27 Februari 2023, perenggan 2 menetapkan Bill of Quantity (BQ) dan anggaran jabatan berdasarkan skop kerja hendaklah disediakan oleh agensi. Agensi juga tidak dibenarkan menyediakan skop kerja secara lump sum. Semakan Audit mendapati kelemahan penyediaan BQ seperti berikut: 4.2.1. BQ bagi lima KV, satu SMT dan lapan SBP telah dinyatakan secara lump sum dan tidak diperincikan. Ruangan unit dan kuantiti di BQ tidak dinyatakan secara terperinci bagi kerja yang dijalankan, sebaliknya hanya dinyatakan secara pukal.

4.2.2. Huraian kerja dalam BQ di 14 KV dan lapan SBP berjumlah RM0.20 juta terlalu umum dan tidak diperincikan dari segi ukuran dan jenis bekalan.

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

36

Made with FlippingBook - Share PDF online