LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
Tindakan bayar balik/ganti kerja telah dilaksana di 19 sekolah berjumlah RM26,538.14 manakala PPN Selangor telah mengeluarkan surat arahan bayaran balik bertarikh 26 November 2024 bagi lapan sekolah berjumlah RM13,706.39.
KV Dato’ Lela Maharaja telah mengeluarkan surat perubahan kerja semasa kerja penyenggaraan dilakukan atas masalah teknikal berkaitan bekalan air.
Kontraktor telah melaksanakan semula kerja-kerja pembaikan selepas teguran Audit melibatkan PPN Negeri Sembilan, W.P. Kuala Lumpur dan Melaka.
BPA telah mengeluarkan surat arahan melalui emel pada 27 November 2024 mengarahkan semua JPN memaklumkan kepada sekolah agar tidak mengunci tandas serta fungsi tandas tidak disalahgunakan.
PENDAPAT AUDIT
Pelaksanaan kerja yang tidak mengikut spesifikasi, perubahan kerja yang tidak mendapat kelulusan, kualiti kerja yang tidak sempurna serta tandas yang disenggara tidak digunakan menyebabkan golongan sasar tidak mendapat manfaat sepenuhnya.
4.5.
Pengurusan Pembayaran
4.5.1. AP 102(a) menetapkan tandatangan Pegawai Pengawal atau pegawai yang diberi kuasa adalah memperakui tentang betulnya setiap butir dalam baucar itu.
4.5.2. Semakan Audit mendapati satu daripada 12 Arahan Pembayaran di PPN WP Kuala Lumpur telah terlebih bayar sejumlah RM2,525.00 kerana kesilapan pengiraan dan pengesahan kerja oleh pegawai yang bertanggungjawab.
MAKLUM BALAS Bayaran balik berjumlah RM2,525.00 telah dibuat oleh kontraktor pada 29 Oktober 2024 rujukan resit 202421030801R300013 bertarikh 30 Oktober 2024.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
40
Made with FlippingBook - Share PDF online