LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PRAKATA
Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia 2024 ini disediakan selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 yang meliputi pengauditan dan aktiviti Unit Audit Dalam (UAD) yang telah dijalankan sepanjang tahun 2024. Secara keseluruhannya, UAD telah berjaya melaksanakan fungsi pengauditan yang telah dirancang dalam Rancangan Audit Tahun 2024 dengan jayanya. Pengauditan yang dijalankan adalah pengauditan Pengurusan Kewangan Berfokus, Arahan Pembayaran, Pematuhan dan Pengesahan Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan melalui sistem AuditME serta Pengauditan Prestasi terhadap Pengurusan Aktiviti/Program/Projek, Perolehan dan ICT. Laporan ini turut disertakan dengan aktiviti dan sumbangan UAD kepada Kementerian, Jabatan dan Institusi Pendidikan. UAD merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih terhadap kerjasama yang dihulurkan serta semangat kekeluargaan yang diberi oleh semua Auditi yang terlibat sepanjang pengauditan dijalankan. Di samping itu, UAD juga menyanjung tinggi usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak terhadap penemuan Audit yang dibangkitkan terutama dalam sesi mesyuarat penutup dan Mesyuarat Jawatankuasa Audit peringkat kementerian mahupun peringkat negeri. Semoga jalinan kerjasama yang ditunjukkan mampu mempertingkatkan tahap kecemerlangan dan kecekapan pengurusan ke arah pengurusan yang lebih baik. Laporan tahunan ini akan diedarkan kepada Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Perbendaharaan Malaysia serta Pengurusan Tertinggi Kementerian. UAD berharap impak daripada pengauditan yang dijalankan, semua penemuan Audit dan syor penambahbaikan boleh dijadikan sumber rujukan dan lessons learnt kepada Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan dalam usaha berterusan untuk menambah baik kawalan dalaman, tadbir urus dan seterusnya meningkatkan akauntabiliti di semua peringkat .
LAPORAN TAHUNAN UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2024
vii
Made with FlippingBook - Share PDF online