LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
5.1. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, objektif penyenggaraan tandas telah dilaksanakan mengikut tujuan ditetapkan dan tandas telah dapat berfungsi untuk kegunaan murid. Bagaimanapun masih terdapat kelemahan dalam pelaksanaan kerja melibatkan spesifikasi tidak dipatuhi oleh pembekal dan perubahan kerja tidak mendapat kelulusan sebelum dilaksanakan serta pembayaran yang tidak tepat.
5.2. Bagi tujuan penambahbaikan, adalah disyorkan BPA memantau dan memastikan KV, SMT, SBP dan PPN/PD mengambil tindakan yang bersesuaian. Antaranya terhadap perkara berikut:
5.2.1 Menyediakan BQ mengikut keperluan sebenar dan diperincikan mengikut lokasi kerja.
5.2.2 Mengisi Inden Kerajaan dengan lengkap dan dikeluarkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
5.2.3 Memastikan kualiti kerja dihasilkan dengan sempurna dan semua tandas yang disenggara boleh digunakan supaya guru dan murid dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang bersih dan kondusif.
5.2.4 Menyelia dan menyemak dengan teliti terhadap kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik.
5.2.5 Mengemas kini sistem Dashboard Pemantauan Penyenggaraan Kecil, BPA dari semasa ke semasa bagi memastikan status pelaksanaan dan pembayaran kerja penyenggaraan tandas dilaporkan dengan tepat.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
42
Made with FlippingBook - Share PDF online