LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
4.4.
PENGURUSAN PELAPORAN ASET ALIH
4.4.1. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan
Perenggan 8.2.1 PP AM 1.1 – Pengurusan Aset Kerajaan menetapkan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) hendaklah bermesyuarat setiap tiga bulan sekali selepas tamat tempoh sesuatu suku tahun. Manakala Perenggan 8.2.2 menyatakan JKPAK peringkat Ibu Pejabat dan JKPAK peringkat Negeri hendaklah mengadakan mesyuarat lebih awal sebelum mesyuarat JKPAK peringkat Kementerian. Semakan Audit mendapati perkara-perkara seperti berikut:
a. Sembilan sekolah tidak melaksanakan mesyuarat JKPAK pada tahun 2021 dan 2023 mengikut pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
b. Tiga sekolah telah melaksanakan mesyuarat JKPAK lebih awal daripada tempoh suku tahun yang sepatutnya.
c. 13 sekolah telah lewat melaksanakan Mesyuarat JKPAK dengan tempoh kelewatan antara 1 hingga 132 hari selepas Mesyuarat JKPAK peringkat Bahagian dan PPD diadakan.
d. Minit mesyuarat JKPAK peringkat JPWP Putrajaya, PPD Sepang dan PPD Sentul tidak dikemukakan untuk semakan.
MAKLUM BALAS Semua pihak yang bertanggungjawab akan melaksanakan mesyuarat JKPAK mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Mesyuarat JKPAK yang tidak dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan dalam pekeliling berkuat kuasa boleh menjejaskan pemantauan hal-hal berkaitan pengurusan aset alih. PENDAPAT AUDIT
4.4.2. Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih (Sukuan dan Tahunan)
a. Perenggan 13 PP AM 2.3 menyatakan Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih (KEW.PA-8) hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh Pegawai Aset
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
69
Made with FlippingBook - Share PDF online