LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
kepada Unit Pengurusan Aset (UPA) Jabatan/Ibu Pejabat. Manakala perenggan 13.2 menyatakan UPA Jabatan/Ibu Pejabat hendaklah menyenaraikan semua PTJ di bawahnya dan mengemukakan kepada UPA Kementerian sebelum 15 Februari tahun berikutnya. Seterusnya perenggan 13.3 menyatakan UPA Kementerian hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Kedudukan Aset Alih dan mengemukakan ke Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya. b. Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih melaporkan kedudukan keseluruhan aset alih merangkumi penerimaan serta maklumat pindahan, pelupusan dan hapus kira. Laporan ini hendaklah disediakan berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan iaitu selepas mesyuarat JKPAK bagi suku tahun keempat dilaksanakan. c. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2021 bertarikh 29 Jun 2021 nombor rujukan KPM.100-1/3/1 Jld. 6 (35) menyatakan sekolah bukan PTJ tidak perlu melaksanakan mesyuarat tetapi hanya perlu menyediakan Laporan Suku Tahun Pengurusan Aset dan Stor menggunakan format ditetapkan. Laporan hendaklah dikemukakan kepada PPD. d. Semakan Audit terhadap Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih secara sukuan dan tahunan yang dikemukakan kepada Bahagian/JPN/PPD mendapati perkara seperti berikut: e. Enam sekolah tidak mengemukakan Laporan Tahunan Kedudukan Semasa Aset Alih bagi tahun 2021 dan 2022 kerana pihak sekolah tidak menyimpan salinan. Laporan Tahunan Kedudukan Semasa Aset Alih telah dikemas kini dalam google sheet yang disediakan oleh PPD. Butiran lanjut adalah seperti di jadual berikut:
LAPORAN TAHUNAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK TUJUAN SEMAKAN
LAPORAN TAHUNAN [DIKEMUKAKAN ( ✓ ) / TIDAK DIKEMUKAKAN (X)
BAHAGIAN/ JPN/PPD
NAMA SEKOLAH
2021
2022
2023
SMK Seri Sepang SMK Cyberjaya
X X
X
✓ ✓
JPN Selangor/PPD Sepang
✓
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
70
Made with FlippingBook - Share PDF online