LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

4.2.4. Pengurusan Pembayaran

4.2.4.1. Pembayaran Tanpa Dokumen Lengkap

a. Berdasarkan Arahan Perbendaharaan 99(a) menyatakan Arahan Pembayaran hendaklah disokong dengan dokumen sokongan yang lengkap.

b. Semakan Audit terhadap 19 Arahan Pembayaran melibatkan 31 sekolah mendapati 48 Sijil Akuan Penerimaan (SAP) bagi pembekalan peralatan (ICT dan RBT) dan perabot tidak dikemukakan semasa pengauditan dijalankan. Sebanyak 22 dokumen Sijil Pengujian & Pentauliahan (SPP) dan 14 dokumen User Acceptance Testing (UAT) bagi pembekalan peralatan ICT juga tidak dikemukakan.

c. 42 SAP telah diperakui oleh pegawai penerima yang tidak dilantik. Lapan dokumen SPP dan satu UAT telah disahkan oleh pegawai bukan teknikal ICT manakala lapan UAT tidak diperakukan oleh pegawai teknikal ICT.

4.2.4.2. Pembayaran Tidak Tepat

a. Berdasarkan AP102 (a) (ii) dan (iv), pegawai yang memperakukan baucar itu adalah bertanggungjawab bahawa harga yang dikenakan adalah sama ada mengikut kontrak atau skala yang diluluskan atau patut dan munasabah mengikut kadar semasa dan pengiraan adalah betul. b. Berdasarkan kiraan Audit terhadap butiran di Bill of Quantities (BQ) yang dikepilkan bersama Arahan Pembayaran mendapati jumlah yang dituntut dan dibayar melebihi jumlah sebenar mengakibatkan PPD Ranau terlebih bayar berjumlah RM4,804.48 kepada dua syarikat pada tahun 2022. Butiran seperti jadual berikut:

BQ TIDAK DIPERINCIKAN DI PPD RANAU DAN PERBEZAAN JUMLAH DENGAN KIRAAN AUDIT

NILAI BQ MENGIKUT KIRAAN AUDIT (b)

AMAUN (RM) (a)-(b)

TARIKH BAYARAN

BQ/TELAH BAYAR (a)

BIL.

SYARIKAT

9.11.2022

1.

Perintis Enterprise

28,500.00

28,294.52

205.48

Colubaan Coperation

2.

28.09.2022

28,454.52

23,855.52

4,599.00

56,954.52

52,150.04

JUMLAH

4,804.48

Sumber: Berdasarkan BQ di Arahan Pembayaran

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

87

Made with FlippingBook - Share PDF online