LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
MAKLUM BALAS
PPD Ranau: Kesilapan adalah dari segi teknikal dan PIC yang menjalankan tugas bagi perkara ini kurang mahir sehingga berlaku lebihan bayaran dan pungutan balik lebihan bayaran berjumlah RM4,808.48 telah diterima. JPN Selangor/Perak/Pahang: Pembayaran peralatan ICT dan RBT pada masa akan datang akan dilengkapkan bersekali dengan SAP, SPP dan UAT. Pengurusan pembayaran tidak memuaskan kerana pembayaran dibuat tanpa dokumen sokongan yang lengkap dan pembayaran melebihi jumlah sebenar. PENDAPAT AUDIT
4.2.5. Pengurusan Aset
4.2.5.1. Tiada Penyeragaman Klasifikasi Peralatan RBT
a. Knowledge Base dalam Sistem Pengurusan Aset dan Sistem Pengurusan Stor yang disediakan oleh Kementerian Kewangan menyatakan peralatan pen 3D (kod: 1050190020200), set robotik (kod: 1050020250098) dan set mikropengawal (kod: 1050020250055) telah dikategorikan sebagai stok. b. Enam sekolah didapati telah mendaftarkan pen 3D dan set mikropengawal sebagai aset alih. Bagi set robotik, lima sekolah telah mendaftarkannya sebagai aset alih. Peralatan RBT yang dibekalkan ke SJK (T) Bentong pula belum direkodkan sebagai stok.
4.2.5.2. Aset Tidak Dijumpai Semasa Lawatan
a. Berdasarkan AM 2.4, aset alih hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Setiap pegawai penempatan atau pegawai yang menggunakan aset alih tersebut adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa kekurangan, kerosakan atau kehilangan aset alih di bawah tanggungjawabnya. Aset alih yang menarik perhatian atau bernilai tinggi yang terdedah kepada risiko kehilangan hendaklah sentiasa di bawah kawalan yang maksima.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
88
Made with FlippingBook - Share PDF online