LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
b. Pemeriksaan fizikal Audit di SK Trosor, Perak dan SK Batu Belah, Selangor mendapati satu peralatan ICT, enam peralatan RBT dan tiga perabot berjumlah RM5,389.00 tidak dapat dikesan seperti di jadual berikut:
PERALATAN ICT, RBT DAN PERABOT YANG TIDAK DAPAT DIKESAN
KUANTITI (UNIT)
HARGA SEUNIT (RM)
NAMA SEKOLAH
JENIS PERALATAN
AMAUN (RM)
ADA SEMASA LAWATAN
TIDAK DIKESAN
DIBEKALKAN
Komputer Riba
7
6
1
3,289.00
3,289.00
SK Trosor
Set Robotik
10
4
6
300.00
1,800.00
SK Batu Belah
Bangku Bengkel
36
33
3
100.00
300.00
JUMLAH KESELURUHAN
5,389.00
Sumber: Pemeriksaan Fizikal Audit dan DO/Sijil Akuan Penerimaan
4.2.5.3. Tiada Lantikan Pegawai Aset dan Pegawai Penerima
a. Perenggan 4, PP AM 1.1 Pengurusan Aset Kerajaan menyatakan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya dengan melantik Pembantu Pegawai Aset bagi membantu Pegawai Aset dalam pengurusan aset serta melantik Pegawai Penerima. b. Pihak Audit mendapati Pegawai Aset dan Pegawai Penerima di lima daripada 31 buah sekolah yang dilawati tidak dilantik bagi tahun 2022. Dua sekolah tidak melantik Pegawai Aset manakala lapan sekolah tidak melantik Pegawai Penerima.
c. Semakan lanjut mendapati Pegawai Penerima Aset yang dilantik di 16 sekolah tidak mempunyai kepakaran dalam bidang teknikal mahupun ICT.
4.2.5.4. Keselamatan dan Penyelenggaraan Peralatan ICT
a. Merujuk kepada Polisi Keselamatan Siber KPM berkenaan Penempatan dan Perlindungan Peralatan ICT, pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer yang dipertanggungjawabkan kepada pengguna sentiasa aktif (activated) dan dikemas kini di samping melakukan imbasan ke atas media storan luaran yang digunakan.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
89
Made with FlippingBook - Share PDF online