LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

c. Semakan Audit mendapati kursus CPD IAB dan CPD PPPM bagi tahun 2021 dan 2023 tidak dilaksanakan seperti dirancang disebabkan IAB diwartakan sebagai tempat pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit akibat penularan Covid-19 dan peruntukan yang diterima tidak mencukupi untuk melaksanakan kursus. Bagaimanapun bagi tahun 2022, pelaksanaan kursus CPD IAB dan CPD PPPM telah berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan. MAKLUM BALAS IAB telah berusaha untuk mendapatkan penggantian calon bagi peserta yang menolak tawaran program NPQEL. Kursus LCML dan CPD tidak dilaksanakan mengikut perancangan disebabkan pada tahun 2021, IAB diwartakan sebagai Pusat Kuarantin COVID-19 dan peruntukan yang diterima kurang berbanding permohonan. Pelaksanaan kursus bagi program NPQEL bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024 telah mencapai perancangan sepenuhnya. Mengambil kira kekangan semasa pandemik Covid-19, kursus LCML, CPD IAB dan CPD PPPM tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dirancang. PENDAPAT AUDIT

4.2. Pencapaian Keberhasilan

4.2.1. Tahap Kompetensi Peserta Program NPQEL

a. Panduan Pelaksanaan NPQEL versi 2018 IAB 2.0 menetapkan mulai 1 Julai 2014, KPM telah meluluskan sijil NPQEL sebagai syarat mandatori bagi pelantikan PGB sekolah di bawah KPM.

b. Bagi menilai tahap kompetensi peserta NPQEL, setiap peserta perlu menghadiri program NPQEL selama 36 minggu dan melengkapkan setiap tugasan yang diberikan serta pentaksiran yang ditetapkan. Nama peserta yang tamat NPQEL akan dibentang, dilulus dan diperaku dalam mesyuarat Lembaga Pengajian (LP) IAB serta dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk pelantikan sebagai PGB. c. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023, seramai 1,914 peserta NPQEL telah hadir berkursus dan 1,899 (99.2%) peserta tamat pengajian serta mencapai piawai. Baki 15 (0.8%) peserta tidak mencapai piawai disebabkan penangguhan mengikuti kursus kerana masalah peribadi

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

96

Made with FlippingBook - Share PDF online