LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
seperti menjaga ahli keluarga yang sakit, masalah kesihatan dan mengerjakan ibadah haji. Peserta yang tidak tamat dan tidak menerima sijil NPQEL tidak akan dilantik sebagai PGB.
4.2.2. Lantikan Graduan Program NPQEL Sebagai PGB
a. Mulai tahun 2014, KPM telah menetapkan pensijilan NPQEL sebagai syarat wajib bagi pelantikan PGB. Pelantikan PGB dibuat oleh BPSM dan diluluskan oleh KPPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
b. Semakan Audit terhadap Laporan Sistem MPPS dan status lantikan peserta program NPQEL oleh BPSM setakat 25 Oktober 2024 di tiga IAB mendapati seramai 1,580 (83.2%) daripada 1,899 graduan NPQEL telah dilantik sebagai PGB bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023. Baki seramai 319 (16.8%) belum dilantik disebabkan masalah kesihatan, dikenakan hukuman tatatertib, keputusan pemangkuan masih dalam tindakan Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JPA dan graduan meninggal dunia.
4.2.3. Tahap Kompetensi Peserta Kursus LCML
a. Berdasarkan Kamus Data Kursus LCML berkuat kuasa pada tahun 2016, pemimpin pertengahan antaranya perlu memiliki pelbagai kompetensi seperti kemahiran komunikasi, orientasi pencapaian, berfokuskan kurikulum, menyelesai masalah dan mengurus perubahan. Tahap piawaian kompetensi diukur berdasarkan pencapaian peserta mengikut kriteria penilaian/pentaksiran yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh LP IAB. Mulai tahun 2023, pemimpin pertengahan yang mengikuti kursus LCML diberi sijil pencapaian berdasarkan penentuan pencapaian tahap kompetensi. b. Semakan Audit mendapati bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023 seramai 930 (99%) daripada 947 pemimpin pertengahan yang menghadiri kursus LCML telah tamat kursus dan mencapai piawai (lulus pada skala melebihi 50 markah). Baki 17 (2%) peserta LCML tidak tamat kursus disebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan, telah dinaikkan pangkat dan tidak lagi memegang jawatan pemimpin pertengahan.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
97
Made with FlippingBook - Share PDF online