LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
c. Semakan Audit mendapati tiga IAB telah membelanjakan sejumlah RM20.78 juta (98.1%) daripada RM21.19 juta peruntukan program latihan yang diterima bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023. Butiran lanjut seperti di carta berikut:
PRESTASI PERBELANJAAN PROGRAM LATIHAN BAGI TEMPOH TAHUN 2021 HINGGA 2023
10.00 12.00
0.00 2.00 4.00 6.00 8.00
RM Juta
2021
2022
2023
JUMLAH (RM Juta) 21.19 20.78
Terima
3.13
8.35
9.71
Belanja
2.85
8.23
9.70
Sumber: Laporan Kedudukan Vot IAB
Prestasi perbelanjaan program IAB secara keseluruhan bagi tempoh tahun 2021 hingga 2023 adalah baik iaitu mencapai 98.1% berbanding peruntukan yang diterima. PENDAPAT AUDIT
4.3.2. Pengurusan Sumber Manusia
4.3.2.1. Pengisian Perjawatan
a. Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1. menetapkan pengurusan perjawatan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira keutamaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan. Pelaksanaan satu-satu fungsi kementerian/jabatan/ agensi juga perlu dilakukan secara kreatif dan inovatif agar dapat mencapai tahap produktiviti tertinggi berdasarkan sumber manusia sedia ada. b. Semakan Audit mendapati IAB telah diluluskan sebanyak 626 jawatan merangkumi kumpulan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 520 (83.1%) jawatan telah diisi dan baki 106 (16.9%) jawatan belum diisi iaitu 44 jawatan di IABBE, 47 di IABCGH dan
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
99
Made with FlippingBook - Share PDF online