LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

15 di IABCU sejak tahun 2022. Kekosongan perjawatan ini disebabkan pegawai dan kakitangan berpencen, bertukar, naik pangkat dan cuti belajar.

MAKLUM BALAS IAB: Permohonan pengisian kekosongan jawatan telah dikemukakan kepada BPSM pada setiap bulan. Pada 18 November 2024, IAB telah menerima 12 orang PT(P/O) N1 lantikan yang baharu. Sebanyak 20 kekosongan jawatan Pensyarah Kanan DG12 akan diisi dalam masa terdekat dan kekosongan jawatan Ketua Jabatan/Pensyarah Gred DG10 akan diisi oleh empat orang pensyarah baharu.

PENDAPAT AUDIT

Perjawatan yang tidak diisi secukupnya boleh mempengaruhi kelancaran dan kecekapan pengurusan hal pentadbiran dan pengurusan kursus.

4.3.3. Pengurusan Kemudahan dan Fasiliti di IAB

4.3.3.1. Sistem Penyaman Udara Tidak Berfungsi di IABBE

a. Keseluruhan bangunan IABBE menggunakan tiga chiller sebagai sistem penyaman udara berpusat dan sistem District Cooling . Lawatan Audit pada 8 Oktober 2024 mendapati sistem penyaman udara tidak berfungsi dengan baik dan bilik dalam keadaan tidak kondusif disebabkan dua daripada tiga chiller telah rosak dan tidak berfungsi sejak Jun 2023. b. Hasil lawatan Bahagian Pengurusan Aset (BPA) ke IABBE bersama pihak JKR pada 29 Januari 2024, pihak JKR telah mengesyorkan penggantian unit water chiller kepada modular chiller berjumlah RM900,000 dan sistem penyaman udara jenis split unit (60 nos) berjumlah RM550,000. Permohonan peruntukan berjumlah RM900,000 dikemukakan kepada BPA dan Bahagian Kewangan pada 1 Mac dan 29 April 2024. Pada 17 September 2024, pihak IABBE telah membuat permohonan peruntukan bagi perolehan 12 unit penyaman udara untuk ditempatkan di Bilik Mesyuarat Utama, Balai Sidang dan Balai Wacana dan peruntukan telah diterima pada 2 Oktober 2024 berjumlah RM69,980. IABBE juga telah mengambil inisiatif dengan meminjam air cooler portable sebanyak 75 unit pada 16 Mei dan 25 Julai 2024 untuk diletakkan di bilik latihan/kursus sebagai penyelesaian sementara.

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

100

Made with FlippingBook - Share PDF online