LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

peralatan dan perkakasan makanan berada dalam keadaan bersih kecuali siling di dewan makan Blok Bestari, IABCGH yang mengelupas berpunca dari kebocoran bumbung sejak Jun 2023.

MAKLUM BALAS 

IABBE: Peruntukan berjumlah RM476,880 telah diterima bagi kerja pendawaian dan perolehan 58 unit penyaman udara untuk ditempatkan di Balai Wacana, Balai Sidang, Bilik Mesyuarat Utama, bahagian luar dan dalam Auditorium dan 14 bilik kuliah. Kerja pembaikan, perolehan dan pemasangan telah selesai dilaksanakan mulai 18 November hingga 2 Disember 2024.  IABCGH: Sebanyak 30 unit meja komputer dan kerusi telah diterima pada 15 November 2024 untuk kegunaan Makmal Komputer 3. IABGCH juga telah mengemukakan permohonan kepada IAB Induk untuk kerusi dan meja Makmal Komputer 1 bagi perolehan tahun 2025. Tindakan pembaikan telah diambil terhadap kerosakan bilik asrama kecuali yang melibatkan kos pembaikan tinggi. Tindakan pembaikan akan dibuat setelah peruntukan tahun 2025 diterima.

PENDAPAT AUDIT

Secara keseluruhannya, kemudahan dan fasiliti di IAB kurang memuaskan kerana mengalami banyak kerosakan menyebabkan kursus dilaksanakan dalam keadaan kurang kondusif.

4.3.4. Pelaksanaan Pemantauan Pengurusan Kursus

Pemantauan pengurusan kursus dilaksanakan oleh IABBE melalui mesyuarat seperti MPP dan LP IAB serta melalui sistem InSyst bagi memastikan kursus berjalan dengan lancar. Semakan Audit terhadap dokumen pemantauan, minit mesyuarat dan sistem InSyst mendapati pemantauan terhadap pengurusan kursus telah dilaksanakan oleh IAB. Namun terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

4.3.4.1. Kekerapan MPP Tidak Mengikut Ketetapan

Terma Rujukan MPP IAB berkuat kuasa pada 14 Mac 2014 menetapkan MPP diadakan setiap bulan. Semakan Audit mendapati MPP telah diadakan di tiga IAB

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

103

Made with FlippingBook - Share PDF online