LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

seramai 74,128 (31.4%) daripada 236,080 kapasiti penghuni bilik bagi tahun 2023 dan 169,193 (34.2%) daripada 494,780 kapasiti tahun 2024.

ii. Analisis Audit selanjutnya mendapati pada tahun 2023, sebanyak 1,362 (56.2%) daripada 2,425 program latihan dilaksanakan secara bersemuka di dalam kampus dan 1,063 (43.8%) program secara dalam talian serta di luar kampus. Bagi tahun 2024, sebanyak 1,373 (56.1%) daripada 2,447 program latihan dilaksanakan secara bersemuka di dalam kampus dan 1,074 (43.9%) program secara dalam talian serta di luar kampus. Pelaksanaan program latihan secara bersemuka dalam kampus yang tidak optimum menyebabkan kadar penggunaan bilik penginapan yang rendah.

b. Bilik Penginapan Tidak Dapat Digunakan di IABBE, IABCH dan IABCU

Semakan Audit terhadap Laporan Kadar Penggunaan Inapan di IAB bagi tahun 2024 mendapati ada bilik penginapan yang tidak dapat digunakan sepenuhnya iaitu sembilan (3.2%) daripada 278 bilik di IABBE, 135 (27.1%) daripada 499 bilik di IABCGH dan 15 (7.5%) daripada 200 bilik di IABCU. Bilik penginapan tersebut dalam keadaan rosak seperti kesan resapan air di siling, waterproofing bocor dan jubin pecah serta dijadikan tempat penyimpanan barang kontraktor seperti di gambar berikut:

GAMBAR 1

GAMBAR 2

IABCGH - Kesan kebocoran di siling tandas bilik B212 (03.09.2024)

IABCGH - Lantai hadapan tandas bilik A303 rosak (03.09.2024)

4.3.3.4. Kemudahan dan Fasiliti Dewan Makan

IAB dilengkapi dengan satu dewan makan di IABBE dengan kapasiti 200 orang, dua dewan makan di IABCGH dengan kapasiti 100 hingga 400 orang dan satu dewan makan di IABCU dengan kapasiti 300 orang. Lawatan Audit mendapati kerusi dan meja disusun teratur, penyediaan makanan mengikut kontrak serta

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

102

Made with FlippingBook - Share PDF online