LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
3.
SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
3.1. Pengauditan ini melibatkan pengurusan aktiviti SBJK KL bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024. Dua tumpuan utama yang dinilai ialah prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan pencapaian output dan keberhasilan. Pengurusan aktiviti meliputi prestasi kewangan dan pengoperasian SBJK dari aspek pengurusan status kewarganegaraan murid, kurikulum pengajaran dan pembelajaran, kontrak perkhidmatan bekalan makanan bermasak dan aset/peralatan sekolah.
3.2. Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod, fail dan dokumen serta menganalisis data berkaitan di BPSH, PPD Keramat dan SBJK KL. Selain itu, temu bual dengan pegawai terlibat, edaran soal selidik dan pemeriksaan fizikal turut dijalankan.
4.
PENEMUAN AUDIT
Pengauditan telah dijalankan pada September hingga Oktober 2024. Perkara yang ditemui dan maklum balas daripada BPSH dan SBJK KL telah dibincangkan dalam Mesyuarat Penutup pada 23 Januari 2025. Penemuan Audit dijelaskan di perenggan berikut:
4.1. Prestasi Aktiviti
4.1.1. Pencapaian Output
4.1.1.1. Pendaftaran Murid Ke SBJK KL
a. Berdasarkan data pendaftaran murid SBJK KL, seramai 576 murid telah mendaftar bagi tempoh tahun 2021 hingga Ogos 2024 dengan ambilan tahunan tertinggi pada tahun 2023 seramai 152 murid. Jumlah pendaftaran murid menunjukkan trend menurun pada 2022 dan 2024 berbanding tahun sebelumnya. Perkara ini disebabkan oleh ketidaksediaan ibu bapa untuk mendaftar murid, murid telah bertukar, berhenti sekolah, telah bekerja atau tidak hadir ke sekolah. Butiran lanjut seperti di rajah berikut:
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
107
Made with FlippingBook - Share PDF online