LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
b. Sehingga 4 Oktober 2024, 31 unit aset alih berjumlah RM53,259 yang dibeli menggunakan OS42000 bagi tempoh tahun 2022 hingga 2024 tidak didaftarkan dalam kad petak. Aset yang tidak didaftarkan mengakibatkan kawalan terhadap aset tersebut tidak dapat dibuat sewajarnya. Pemeriksaan fizikal Audit terhadap pelabelan aset pula mendapati 69 unit aset alih di bilik muzik, bilik jahitan dan pejabat tidak dilabel dengan nombor siri pendaftaran.
MAKLUM BALAS BPSH sedang dalam tindakan mendaftarkan aset dalam kad petak manakala tindakan melabelkan aset telah selesai dibuat.
4.2.6.2. Penerimaan Aset Alih Secara Hadiah
Surat BPA, KPM bertarikh 17 Ogos 2023 menetapkan permohonan penerimaan hadiah melibatkan aset alih KPM yang bernilai RM10,000 dan ke bawah setiap item perlu dikemukakan untuk kelulusan Ketua Jabatan. Sebanyak 23 unit aset berjumlah RM7,830 yang diterima secara hadiah daripada pelbagai penyumbang tidak mendapat kelulusan penerimaan secara hadiah daripada Pengarah BPSH. Ketiadaan kelulusan daripada Ketua Jabatan bagi penerimaan aset secara hadiah menyebabkan pendaftaran aset tidak dapat dibuat dan pemantauan terhadap aset tersebut juga tidak dapat dilaksanakan.
MAKLUM BALAS Pihak sekolah akan mengambil tindakan menyenaraikan semua aset yang diterima secara hadiah untuk diangkat kepada Pengarah BPSH untuk kelulusan.
4.2.6.3.
Pengurusan Alat Pemadam Api
Pemeriksaan fizikal Audit mendapati 31 unit alat pemadam api jenis ABC Dry Powder di SBJK KL telah tamat tempoh iaitu pada 11 Ogos 2023 dan 27 September 2018. Alat pemadam api yang tamat tempoh boleh menyebabkan alat tidak dapat berfungsi dengan baik ketika kecemasan dan menimbulkan risiko keselamatan kepada murid dan sekolah.
MAKLUM BALAS BPSH sedang berurusan dengan kontraktor untuk pembaharuan alat pemadam api (APA) dan mengangkat permohonan kepada pihak bomba untuk pemeriksaan APA.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
120
Made with FlippingBook - Share PDF online