LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan perkhidmatan dan kemudahan di SBJK KL. Namun, penambahbaikan telah dilakukan dari aspek pematuhan terhadap kontrak perkhidmatan BMB, pendaftaran dan pelabelan aset, penerimaan aset secara hadiah, serta penyenggaraan alat pemadam api. PENDAPAT AUDIT
5.
RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
5.1. Secara keseluruhannya, berdasarkan skop Audit, pengurusan SBJK KL telah mencapai objektifnya. SBJK KL telah menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Perkara ini berdasarkan pendaftaran murid ke sekolah dan pencapaian baik murid dalam peperiksaan SPM serta hasil soal selidik menunjukkan murid suka hadir ke SBJK KL kerana mendapat banyak manfaat. Selain itu, melalui penubuhan SBJK KL dapat memberi peluang kepada murid lepasan SPM untuk bekerja dan melanjutkan pelajaran. 5.2. Bagaimanapun, dari aspek pengurusan aktiviti SBJK KL, perkara yang perlu ditambah baik iaitu garis panduan pengoperasian SBJK belum dimuktamadkan, tugas tambahan guru dalam menguruskan status kewarganegaraan murid serta pelaksanaan jadual waktu PdP dan opsyen mengajar tidak mengikut kurikulum yang ditetapkan. Selain itu, berlaku ketidakpatuhan terhadap kontrak perkhidmatan BMB dan pengurusan aset/peralatan yang tidak teratur di SBJK KL. 5.3. Bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan SBJK KL, disyorkan BPSH/SBJK KL mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan. Antara syor yang wajar dipertimbangkan seperti berikut:
5.3.1. BPSH memastikan Garis Panduan Pengoperasian SBJK dimuktamadkan dengan segera sebagai panduan kepada SBJK KL.
5.3.2. SBJK KL memastikan pengurusan status kewarganegaraan murid serta pelaksanaan jadual waktu PdP dan opsyen aliran mengajar guru dibuat dengan teratur sekiranya permohonan penambahan perjawatan baharu SBJK KL diluluskan.
5.3.3. SBJK KL meningkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan perkhidmatan BMB dan pengurusan aset/peralatan selaras dengan kontrak/pekeliling yang ditetapkan.
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
121
Made with FlippingBook - Share PDF online