LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Laporan Tahunan 2024

JPN dan UPS terhadap pelaksanaan klinik sukan menyebabkan sekolah tidak melaksanakan klinik sukan tersebut.

MAKLUM BALAS BSKK: Surat makluman telah dikeluarkan kepada JPN Perak, JPN Negeri Sembilan dan JPWPKL untuk melaksanakan klinik sukan berkaitan selewatnya pada 18 April 2025 serta mengemukakan laporan pelaksanaan dalam masa tujuh hari selepas pelaksanaan klinik. JPN Negeri Sembilan, JPN Perak dan JPWPKL akan memberi penekanan berkenaan Program Peluasan peringkat sekolah pada masa akan datang mengikut ketetapan BSKK. Hanya empat (36.4%) daripada 11 jenis sukan dilaksanakan klinik di peringkat sekolah. Sekiranya klinik di peringkat sekolah tidak dilaksanakan, manfaat program penggalakan sukan tidak dapat diperluaskan kepada murid lain yang tidak berpeluang menyertai klinik sukan yang dilaksanakan oleh JPN/UPS. PENDAPAT AUDIT a. Berdasarkan Perenggan 8 Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1M 1S, penilaian aktiviti sukan berasaskan kehadiran dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti Program Sukan Sekolah. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sistem untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan murid serta penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum. b. Peratusan murid memperolehi gred A adalah rendah pada tahun 2021 kerana aktiviti sukan dan permainan dikurangkan semasa penularan wabak Covid 19. Bagaimanapun, peratusan murid memperolehi gred A telah meningkat di lima sekolah pada tahun 2022 kerana program dilaksanakan dilaksanakan secara dalam talian. Pada tahun 2023, peratusan murid memperolehi gred A di tiga sekolah merekodkan peningkatan manakala dua sekolah merekodkan penurunan seperti di rajah berikut: 4.1.4. Mewujudkan Landasan ke Arah Kecemerlangan Sukan

Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia

145

Made with FlippingBook - Share PDF online