LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
PERBANDINGAN PERATUS PELAJAR MENDAPAT GRED A DALAM PAJSK SUKAN DAN PERMAINAN
% Gred A menurun di dua sekolah
% Gred A meningkat di tiga sekolah
SMK Dr Megat Khas, Ipoh SMK Raja Perempuan Ipoh
SK Brickfields 2
SMK Seri Pagi, Negeri Sembilan
SMK Gunung Rapat, Ipoh
Sumber: Rekod PAJSK sekolah rendah dan sekolah menengah
c. Analisis perbandingan bagi sembilan sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana tiada dokumen dikemukakan untuk semakan Audit.
MAKLUM BALAS JPN Negeri Sembilan/JPN Perak: Pihak sekolah digalakkan untuk mengadakan pertandingan peringkat negeri dan daerah pada masa akan datang. Penurunan mendadak peratusan murid mendapat gred A di Perak antaranya disebabkan pengurangan pungutan pingat emas dalam Kejohanan MSSM 2023 berbanding tahun 2022 walaupun pungutan keseluruhan pingat menunjukkan peningkatan.
Penurunan peratusan pelajar mendapat gred A perlu diberi perhatian dengan memperbanyakkan program pencarian bakat supaya lebih banyak penyertaan murid dalam aktiviti sukan di pelbagai peringkat. PENDAPAT AUDIT
4.2. Pengurusan Program Satu Murid Satu Sukan
4.2.1. Pengurusan Kewangan
4.2.1.1.
Perekodan Peruntukan Program Satu Murid Satu Sukan
a. Buku Tatacara Pengurusan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Edisi 2012 menyatakan semua terimaan hendaklah diakaunkan dengan betul dan tepat mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
b. Semakan Audit mendapati peruntukan 1M 1S yang disalurkan ke sekolah telah diakaunkan ke Kumpulan Wang Kerajaan (KWK). Bagaimanapun, terdapat tiga sekolah di Kuala Lumpur, tiga sekolah di Negeri Sembilan dan
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
146
Made with FlippingBook - Share PDF online