LAPORAN TAHUNAN 2024 UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Laporan Tahunan 2024
c. Kerosakan sistem penyaman udara ini mewujudkan keadaan yang tidak kondusif bagi peserta yang menghadiri sesi kursus. Analisis Audit terhadap 2,104 maklum balas terbuka penilaian peserta kursus BK10 bagi tahun 2024 mendapati sebanyak 327 (16.2%) peserta tidak berpuas hati terhadap tahap pengudaraan di bilik latihan/kursus.
4.3.3.2. Makmal Komputer Tidak Digunakan Secara Optimum di IABCGH
a. IABCGH mempunyai tiga makmal komputer yang terletak di blok latihan bagi kegunaan kursus seperti kursus e-perolehan dan kursus iGFMAS yang boleh memuatkan seramai 30 peserta. Lawatan Audit mendapati hanya Makmal Komputer 2 sahaja yang digunakan dan mempunyai 31 set komputer peribadi. Bagaimanapun, komputer peribadi tersebut mempunyai spesifikasi yang rendah dan tidak sesuai digunakan dengan kehendak perisian atas talian dan sistem masa kini seperti Google Meet, Webex , iGFMAS dan Sistem Bersepadu IAB (InSyst). Makmal Komputer 1 dan Makmal Komputer 3 tidak digunakan sejak Disember 2023 kerana kerusi dan meja komputer yang telah rosak/usang serta dijadikan tempat penyimpanan peralatan ICT. b. Spesifikasi komputer yang rendah dan tidak sesuai digunakan menyebabkan peserta kursus perlu membawa komputer riba sendiri dan kekurangan kerusi serta meja komputer menyebabkan kursus tidak dilaksanakan di Makmal Komputer.
4.3.3.3. Kemudahan Penginapan (Asrama)
Kemudahan penginapan seperti bilik mandi, tandas, bilik menggosok pakaian dan bilik dobi disediakan kepada peserta kursus bagi memudahkan urusan penginapan. Pada tahun 2024, tiga kampus IAB mempunyai sebanyak 977 bilik dengan kapasiti 1,157 peserta. Lawatan Audit telah dijalankan bersama penyelia asrama mendapati perkara seperti berikut:
a. Kekerapan Penggunaan Bilik Penginapan
i. Penggunaan bilik penginapan berdasarkan bilangan kursus yang dilaksanakan dan direkodkan pada setiap tahun. Bagaimanapun, laporan rumusan penginapan tersebut hanya dibuat mulai tahun 2023. Analisis Audit mendapati kadar penggunaan bilik penginapan adalah rendah iaitu
Unit Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
101
Made with FlippingBook - Share PDF online